• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ancaman Daesh Bukan Manipulasi, Publisiti Atau Rekaan

oleh Ahmad Albab
09/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATOH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa ancaman kumpulan militan Daesh di Malaysia bukanlah suatu manipulasi, publisiti atau sengaja diada-adakan.

“Saya ingin memberitahu rakyat bahawa ancaman Daesh ini memang benar,” katanya di sini.

Justeru itu, beliau menasihati mereka supaya sentiasa berwaspada semasa berada di tempat terbuka seperti pusat hiburan, rumah ibadat bukan beragama Islam dan tempat yang menarik kunjungan ramai.

Katanya kerajaan menerusi pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga bagi memastikan kawalan keselamatan negara terjamin.

“PDRM (Polis DiRaja Malaysia) melalui Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas sentiasa melakukan pemantauan pelbagai kaedah termasuk melalui media sosial bagi membendung pengaruh ancaman Daesh di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan 130 ekor lembu korban sempena Aidiladha untuk diagihkan kepada masjid, surau serta agensi kerajaan dalam Bagan Datoh.

Selain Ahmad Zahid, lembu berkenaan juga disumbangkan oleh beberapa syarikat antaranya HeiTech Padu Berhad, Naza Group dan MyEG Services Berhad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rungkup dan Pegawai Daerah Bagan Datoh, Datuk Hamzah Hussin.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas laporan sebuah akhbar hari ini mengenai tindakan ketua militan Malaysia yang berpangkalan di Syria, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi, yang lantang mengulangi ancaman untuk terus menimbulkan kekacauan di negara ini.

“Kita tahu ada dalam kalangan pengikut (Daesh) di Malaysia mahu mengambil tindakan sebagaimana yang diarahkan bagi menunjukkan tentang Katibah Nusantara, yang kononnya sebuah kerajaan Islam di nusantara meliputi Malaysia, Indonesia, Selatan Thai, Selatan Filipina dan mungkin juga Singapura dan Brunei.

“Atas kebersamaan pasukan keselamatan sama ada polis atau tentera di seluruh negara ASEAN, kita sentiasa berkongsi maklumat tentang apa yang Wanndy lakukan…kita tahu arahan yang dikeluarkan Wanndy adalah arahan untuk memperlihat barisan kepimpinan atasan Daesh di Syria dan Iraq,” katanya.

Menurutnya tindakan seperti pengeboman terbuka adalah bagi menentukan Wanndy berada di tahap pemimpin Daesh, yang menyumbangkan keganasan dan ancaman serta perlakuan di nusantara ini.

Ahmad Zahid juga berkata rakyat negara ini yang menyertai kumpulan militan tidak mempunyai latar belakang agama atau pendidikan yang kukuh.

“Mereka ni orang yang kecewa terhadap sesuatu yang mereka sahaja ketahui. Jadi, kekecewaan itu diterjemahkan dengan memperlihat eskapisme,” katanya. – BERNAMA

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd