SETELAH sekian lama berteka-teki tarikh pernikahannya, penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz akhirnya mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Bella Astilla pada 9 September ini.
Pun begitu, majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga.

Menurut Aliff, 25, majlis resepsi pula akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di Top Glove Tower, Tg Grand Ballroom, Setia Alam, Selangor.
“Saat ini, segala persiapan sudah hampir sempurna. Harapnya, semua perancangan akan berjalan dengan lancar,” katanya kepada Berita Harian.
Terdahulu, menerusi satu temubual Aliff menyifatkan teman wanitanya itu seorang yang amat memahami dan sering menyokong dirinya.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 22, merupakan kakak kepada penyanyi Didi Astillah.
Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

