• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al-Quran Tumpuan Umat Islam Pada World #QuranHour

oleh Ahmad Albab
11/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selama sejam hari ini umat Islam di seluruh dunia dalam semangat penyatuan ummah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sempena Program World #QuranHour yang julung kali diadakan.

Titik tumpu acara itu di Masjid Sultan Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disertai lebih 3,000 orang ketika umat Islam yang menunaikan haji berhimpun di Padang Arafah pada hari wukuf 9 Zulhijjah.

Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim, yang juga pengerusi UIAM, berkata program itu memperlihatkan cantuman jiwa umat Islam di seluruh dunia dalam mengagungkan kalam Allah itu.

“Berkumpul kita di UIAM menandakan corak kemasyarakatan Islam. Acara ini tak dapat dibandingkan dengan kegiatan lain. Marilah kita bersama-sama terus perkukuh insaniah dan ketepikan perbezaan,” katanya ketika berucap pada majlis bermula 9 pagi itu.

Rais kemudian membacakan surah al-Fatihah bagi memulakan program World #QuranHour disusuli bacaan surah al-Baqarah oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Di Masjid Negara, majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti ceramah ringkas bertajuk ‘Adab Membaca Al-Quran’ disusuli bacaan 30 juzuk ayat-ayat suci.

Selain orang awam, ia turut disertai 50 anggota Persatuan Karyawan Malaysia termasuk timbalan presidennya Radhi Khalid serta penyanyi veteran Datin Paduka Julie Sudiro, pelakon Ezani Nizariff dan penyanyi Rozita Rohaizad.

Di SELANGOR, program World #QuranHour dipancarkan secara langsung oleh TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam yang menyaksikan penyertaan 100 hadirin termasuk selebriti tempatan dan personaliti sukan termasuk pelakon Datuk Rosyam Nor, atlet berbasikal negara Azizul Hasni Awang dan pemenang Program Da’i Musim ketiga, Hamidah Abdul Razak.

Di NEGERI SEMBILAN, 400 orang menyertai program itu anjuran Rumah Ngaji Negeri Sembilan dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Negeri Sembilan yang diadakan di Masjid Negeri.

Turut hadir Mufti negeri Datuk Mohd Yusof Ahmad yang mengetuai bacaan, Imam Masjid Negeri Zaher Rudin Mokhtar serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan.

Majlis turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Malaysia, sebagai sebuah negara majmuk selain mendoakan kesejahteraan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang baru sahaja keluar daripada Institut Jantung Negara pada 7 Sept lepas.

Di KELANTAN, Masjid Muhammadi Kota Bharu menjadi tumpuan lebih 2,000 jemaah menyertai World #QuranHour yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Kelantan Dr Yusnan Yussof.

Program bermula dengan solat sunat dhuha dan hajat diketuai Imam Muda 1 masjid berkenaan, Wan Zulkifli Wan Omar disusuli bacaan al-Quran secara serentak pada 9 pagi.

Di PAHANG, program itu diadakan antara lain di Masjid Tengku Ampuan Afzan di Indera Mahkota, Kuantan disertai lebih 500 jemaah manakala di Masjid Al Muadzam Shah, Rompin, bacaan al-Quran secara beramai-ramai itu disertai 300 orang.

Pelajar antarabangsa juga dilihat tidak melepaskan peluang untuk menyertai program bacaan al-Quran itu di Universiti Malaysia Pahang kampus Gambang, Kuantan. – BERNAMA

Tags: World #QuranHour
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seramai 580 Murid Hayati Bacaan Al-Quran

07/06/2018
0

BUKIT MERTAJAM - Seramai 580 murid Tahun Satu hingga Enam di Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya di sini mendalami dan menghayati...

7,000 Sertai Program World #QuranHour Di UIA

07/06/2018
0

KUALA LUMPUR - Alunan ayat suci al-Quran sekali lagi bergema di sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini bersempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd