• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertimbang Semula Keputusan Tak Bertanding

oleh Ahmad Albab
12/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob diminta mempertimbangkan semula hasratnya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden Belia Generasi Glokal Bentong Amir Rozaini Ahmad Rani berkata kepimpinan Adnan yang dapat menstabilkan keadaan, khususnya politik di negeri ini penting untuk memastikan kelangsungan pentadbiran berjalan dengan baik.

“Secara dasarnya, keputusan beliau perlu dihormati dan menunjukkan beliau tidak bersikap terlalu mementingkan jawatan yang menjadi rebutan ramai pihak.

“Bagaimanapun, hasrat itu tidak sesuai pada masa kini kerana keadaan politik semasa di negara kita,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Pada 9 Sept lalu, semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh, Adnan menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihan raya akan datang selepas memegang jawatan sebagai menteri besar selama 18 tahun.

Adnan yang telah 30 tahun menjadi wakil rakyat bagaimanapun tidak mahu isu itu diperbesarkan dan menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Amir Rozaini berkata seorang wakil rakyat seharusnya diberikan peluang untuk terus berkhidmat selagi beliau mempunyai kesihatan dan kemampuan untuk berbuat demikian serta mengambil kira jasanya dan pandangan rakyat. – BERNAMA

Tags: Adnan Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Disaran Buka Keanggotaan Kaum Lain

07/06/2018
0

UMNO perlu mengkaji semula Perlembagaan parti dan disaran buka keanggotaan kepada kaum lain sebagai langkah transformasi untuk perkukuh kedudukan parti...

Menteri Besar Pahang Diketahui Esok

11/05/2018
0

KUANTAN - Teka-teki sama ada Datuk Seri Adnan Yaakob akan terus kekal menjadi Menteri Besar Pahang bagi penggal kelima hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd