• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ada Yang Tuduh Saya Gatal, Curi Suami Orang’

oleh Ahmad Albab
15/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Elizabeth Tan, 23, memberitahu bahawa segala kritikan dan gosip yang berkaitan dengannya menjadi inspirasi kepadanya untuk menghasilkan single ketiganya yang berjudul Tabah.

Elizabeth berkata, pengalaman yang dilalui sejak bergelar selebriti telah menjadikan dirinya lebih tabah dan kuat berbanding dahulu.

“Lagu Tabah bukan sebab putus cinta. Tetapi mengenai diri saya yang pernah dihentam dengan pelbagai perkara sejak berada dalam industri.

“Banyak sangat gosip tentang saya  sehingga ada yang tuduh saya gatal, curi suami orang dan tak boleh menyanyi sehingga mengganggu mental saya.

“Sekarang saya boleh katakan yang saya sudah menjadi lebih tabah selepas melalui semua itu,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, kini dia lebih matang dalam menangani kritikan dan akan melihat segala yang dikatakan kepadanya daripada sudut positif.

“Saya lihat kritikan dan hentaman dengan cara yang matang. Jika apa yang dikatakan benar, saya ambil dari sudut positif.

“Jika hanya mahu menyakitkan hati, saya akan buat tidak tahu. Saya tidak akan layan,” katanya.

Elizabeth juga mengakui akan menghadiri beberapa kelas latihan termasuk kelas vokal untuk memperbaiki mutu nyanyiannya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: elizabeth tanpenyanyitabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd