• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Ditahan Terlibat Penipuan Mendapat Gelaran Datuk

oleh AK-47
24/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai lapan individu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes penipuan mendapatkan gelaran ‘Datuk’ di Sibu, Sarawak, sejak November tahun lepas sehingga 31 Ogos tahun ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata mereka terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita berusia lingkungan 30 sehingga 40 tahun termasuk seorang wanita berusia 36 tahun yang dipercayai suspek utama.

“Polis menerima laporan daripada seorang peguam lelaki berusia 63 tahun yang mendakwa telah diperdaya supaya membayar sebanyak RM604,000 untuk didermakan kepada sebuah yayasan sebagai syarat untuk pengadu mendapatkan gelaran Datuk,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurutnya, suspek wanita itu membuat tawaran berkenaan kepada mangsa setelah memperkenalkan diri sebagai orang kanan dan pembantu Raja Permaisuri Agong di Istana Negara pada 18 Nov tahun lepas di Sibu, Sarawak sebelum transaksi pembayaran dilakukan secara tunai dan kemasukan wang ke akaun bank milik suspek.

Acryl Sani berkata mangsa menyedari dirinya ditipu setelah dimaklumkan oleh Pegawai Istana Negara pada 31 Ogos lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata semakan awal mendapati pengadu telah dianugerahkan Darjah Panglima Jasa Negara Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 4 Jun mengikut saluran yang betul.

Acryl Sani berkata polis turut merampas wang tunai sebanyak RM1,139, tiga telefon pintar, kad dan buku akaun bank, dua buah buku catatan darjah kebesaran, dua fail putih mengandungi rekod dan rujukan Datuk, 10 album gambar, tali tangan besi dan cincin berwarna keemasan serta sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire.

Beliau berkata semua tahanan direman selama empat hari bermula semalam sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA

Tags: datukditahanGelaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd