• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Lelaki Samun Kedai Serbaneka 24 Jam Ditahan

oleh AK-47
15/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tujuh lelaki termasuk ketua kumpulan Geng Kapak dipercayai aktif melakukan samun di kedai serbaneka 24 jam sekitar daerah Wangsa Maju ditahan dalam serbuan pada Ahad sehingga Selasa Lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt. Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata lelaki berusia 19 tahun yang juga ketua kumpulan Geng Kapak atau dikenali Geng Lan Keramat ditahan selepas menyamun sebuah kedai serbaneka 24 Jam di Metro Pudu, di sini pada Ahad.

Katanya, lelaki itu gagal melarikan diri ketika polis membuat rondaan di sekitar kawasan itu.

“Hasil soal siasat ke atas suspek, polis dapat menjejaki tiga lagi ahli kumpulan itu yang berusia antara 19 dan 22 tahun serta menahan mereka sekitar Keramat dan Wangsa Maju pada Isnin lepas,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan yang aktif sejak Julai lepas dipercayai terlibat dalam lima kes samun kedai serbaneka 24 jam dan sebuah pusat karaoke.

Kesemua suspek ditahan reman bermula Isnin lepas sehingga 19 Sept ini, katanya.

Dalam kes berasingan, Mohamad Roy berkata tiga lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan samun kedai serbaneka 24 jam di Taman Melati, Isnin lepas.

Katanya, kesemua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar Gombak pada Selasa lepas.

“Mereka dipercayai aktif melakukan samun sekitar Mei lepas dan kini ditahan reman selama tiga hari bermula semalam,” katanya.

Kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunakan senjata secara berkumpulan. – BERNAMA

Tags: geng kapakkes samunsamun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd