Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Perak Perlu Rakyat Miliki...

LARUT - Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Perak bukan...

Pelan Pemulihan Negara Demi...

KUALA LUMPUR - Pelan Pemulihan Negara dilaksanakan selepas mengambil kira pertimbangan bagi memastikan...

Kucing Terpaksa Bersenam Kerana...

NASHVILLE - Seekor kucing yang mempunyai masalah obesiti terpaksa menjalani latihan senaman menggunakan...

Aishah Seram Dikacau Makhluk...

BONGKAR... Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih mesra dengan panggilan Aishah memaklumkan...

6 Maut, 3 Cedera Kemalangan Di Jalan Gemas-Tampin

SEREMBAN – Enam maut, dua cedera parah manakala seorang cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM7, Jalan Gemas-Tampin, berhampiran simpang masuk Felda Pasir Besar di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Hamazah Ab. Razak berkata dalam kejadian 11 malam itu, dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang di Hospital Tampin manakala tiga lagi di Hospital Segamat, Johor.

Katanya, kesemua mangsa yang maut adalah Rosilah Maamor, 40, dan anak lelakinya Fawwaz Ahmad Syahraizan 9, Muhammad Hazreen Saadon, 22, Mohamad Haizal Muhamad Radzi, 20, Muhammad Mu’az Muhamad, 13, dan Muhamad Rizuwan Abdullah, 19.

“Siasatan awal telah dijalankan mendapati pemandu kereta Perodua Kenari yang dipandu Rosilah bersama anak lelakinya Fawwaz dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Sungai Kelamah ke Gemas manakala suaminya Ahmad Syahraizan Omarudin, 40, yang memandu kereta Toyota Avanza mengekori dari belakang.

“Sampai di lokasi kejadian, sebuah kereta Proton Wira yang dipandu Muhammad Hazreen bersama lima yang lain yang datang dari arah bertentangan dipercayai gagal mengawal kenderaannya dan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta yang dipandu Rosilah serta Ahmad Syahraizan,” katanya ketika dihubungi.

Hamazah berkata manakala mereka yang cedera adalah Ahmad Syahraizan, Muhammad Aiman Abdullah, 14 dan Mohd Naimullah Che Roselee, 13.


Beliau berkata kesemua urusan bedah siasat akan dijalankan pagi ini dan siasatan di tempat kejadian mendapati bentuk jalan sedikit berselekoh dari arah Gemas dengan sistem jalan dua hala dan garisan tengah pembahagi jalan berkembar.

“Keadaan pada ketika itu baik dan cahaya jalan di lokasi kemalangan pula samar-samar,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori