• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Warga Asing Antara Terlibat Aktiviti Keganasan

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat lelaki termasuk tiga warga asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti keganasan ditahan di sekitar Selangor dan Pahang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua lelaki termasuk dari Bangladesh, Nepal dan Maghribi itu ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas antara 2 Ogos hingga 17 September lalu.

“Suspek pertama iaitu warganegara Bangladesh berumur 37 tahun merupakan pemilik sebuah restoran di Bukit Bintang di sini yang disyaki terlibat dalam penyeludupan senjata api bagi kegunaan anggota pengganas antarabangsa.

WhatsApp Image 2016-09-22 at 11.43.54 (1) WhatsApp Image 2016-09-22 at 11.43.58

“Beliau yang tersenarai di dalam ‘red notice‘ Interpol, ditangkap pada 19 Ogos dan telah diusir ke negara asal pada 2 September lalu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Suspek kedua, berasal dari Nepal merupakan ahli perniagaan yang mengendalikan pusat hiburan dan penginapan, disyaki terlibat dalam aktiviti pemalsuan dokumen perjalanan bagi kegunaan anggota pengganas antarabangsa.

Lelaki yang berumur 38 tahun itu ditangkap pada 19 Ogos, telah diusir ke negara asal pada 2 September lalu, kata Khalid.

Seorang lagi suspek warganegara Maghribi berusia 26 tahun bekerja sebagai jurukimpal besi merupakan seorang anggota kumpulan militan Daesh yang pernah ditangkap pihak berkuasa Turki semasa percubaan menyeludup masuk ke Syria pada Februari lalu.

“Selepas dibebaskan, beliau menyusup masuk ke Malaysia pada awal Mei tahun ini. Suspek ditahan pada 2 Ogos dan diusir pulang ke negara asal pada 21 September,” katanya.

Sementara itu, warga tempatan yang ditahan merupakan seorang pemandu peribadi seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun.

“Suspek menpunyai hubungan dengan Muhammad Wanndy Mohamad Jedi. Suspek disyaki aktif mempromosikan kumpulan pengganas Daesh di dalam akaun laman sosial Facebooknya,” katanya.

Menurut Khalid, kedua-dua suspek warganegara Bangladesh dan Nepal ditangkap di bawah Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63 manakala suspek warganegara Maghribi dan warga tempatan itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). – BERNAMA

Tags: pengganaswarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd