• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Ditahan Dulang Emas Di Tanah Milik Sultan Johor

oleh Ahmad Albab
04/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiga lelaki ditahan polis kerana didapati menceroboh dan mendulang emas di tanah persendirian milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Jemaluang, Mersing, pagi semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata ketiga-tiga suspek berusia antara 29 hingga 36 tahun itu ditahan kira-kira 11.50 pagi dalam satu serbuan di lokasi kejadian.

Turut dirampas peralatan yang digunakan untuk mendulang emas seperti pam air, kuali, cangkul, penyodok, baldi dan lain-lain peralatan, kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Pihak polis memandang berat akan kesalahan ini dan menasihati orang ramai agar tidak melakukan kegiatan pencerobohan serta aktiviti mendulang emas secara haram kerana aktiviti tersebut boleh mengundang bahaya kepada pendulang serta mencemar alam sekitar,” kata Wan Ahmad Najmuddin.

Kes disiasat dibawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan kesemua mereka direman dibawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan, kata beliau. – BERNAMA

Tags: Sultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid...

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd