• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Ditahan Dalam 30 Minit Selepas Menyamun

oleh Ahmad Albab
13/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh kira-kira 30 minit, polis berjaya menahan tiga lelaki yang terbabit dalam kejadian samun di sebuah kedai barangan elektrik di Batu 16, Rawang petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata ketiga-tiga lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun itu, ditahan selepas seorang anggota Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, yang kebetulan berada di lokasi kejadian, bertindak pantas mengesan suspek.

Dalam insiden itu, katanya anggota polis tersebut yang bersama keluarganya dan kebetulan berada berhampiran kedai elektrik berkenaan, terpaksa melepaskan empat das tembakan kepada salah seorang lelaki terbabit untuk mempertahankan diri kerana suspek bertindak melibaskan pedang samurai ke arah beliau.

“Suspek kemudian melarikan diri menaiki sebuah motosikal ditunggangi seorang rakannya, namun anggota polis berkenaan berjaya menahan seorang lagi lelaki dipercayai rakan penjenayah terbabit yang berada berdekatan kedai elektrik itu.

“Dalam tempoh lebih kurang setengah jam, pasukan polis berjaya mengesan dan menahan dua lagi suspek yang melarikan diri itu di sekitar Rawang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ali berkata lelaki yang cedera ditembak itu dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata kesemua suspek dipercayai pernah terlibat dalam beberapa kes samun dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata secara berkumpulan.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai telah menyamun seorang peniaga kedai barangan elektrik di Batu 16, Rawang.

Penjenayah terbabit melarikan wang tunai RM330, bagaimanapun ditembak seorang anggota polis yang secara kebetulan berada di lokasi kejadian. – BERNAMA

Tags: samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd