• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Go-Kart Bergesel Punca Kemalangan Ragut Nyawa

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kemalangan yang menyebabkan dua beranak terbunuh pada Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini semalam berpunca daripada tiga go-kart bergesel sesama sendiri.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata pergeselan go-kart bernombor 22, 27 dan 33 itu telah menyebabkan kenderaan bernombor 27 terbabas lalu merempuh penonton berkenaan.

“Siasatan mendapati program merupakan anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dan mempunyai permit yang sah.

“Terdapat 38 kenderaan go-kart dalam perlumbaan di dalam litar semasa kejadian.

“Penganjur turut meletakkan penghadang dan tali amaran di sepanjang sebelah kanan jalan sebagai penghadang/pemisah antara penonton dan litar lumba,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Mohd Noor berkata kemalangan pada pukul 11.30 pagi itu menyebabkan penyelia kilang di Gebeng Izwan Isa, 38, dan anaknya Nur Zulaikha, lima tahun, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Dalam kejadian itu, anak sulung Izwan, Muhammad Iz Danial, 7, cedera parah dan dirawat di hospital sama, manakala isterinya Siti Suhaiza Seman, 38, seorang guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Indera Mahkota, cedera ringan.

Mereka berasal dari Kota Bharu Kelantan.

Video: Go Kart Rempuh Penonton, Dua Beranak Maut

Mohd Noor menambah ketiga-tiga pemandu go-kart itu, Azril Ba’ith Razak, 25, pelajar Universiti Multimedia Melaka (MMU); Ahmad Saifuddin Mahamud, 23, dari Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Terengganu; dan Mohd Rashid Safuan Mohd Sopie, 19, pelajar di Muadzam Shah tidak cedera.

“Contoh darah dan air kencing ketiga-tiga pemandu go-kart diambil untuk ujian toksikologi Jabatan Kimia,” katanya.

Beliau menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melahirkan rasa sedih berhubung tragedi rempuhan go-kart yang meragut nyawa dua beranak itu.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Wahid Omar dalam satu kenyataan di Johor Bahru, berkata selaku penganjur, mereka mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, dan menyerahkan siasatan kepada polis.

Katanya, sejak awal pertandingan, segala aspek teknikal, keselamatan, pemilihan gelanggang dan usaha mendapatkan kelulusan dari Motorsports Association of Malaysia (MAM) – badan yang menguruskan sukan permotoran di Malaysia, dikendalikan UTM.

Malah, menurut beliau, mereka juga telah mengambil langkah keselamatan perlu termasuk meletakkan penghadang air (water barrier), pita keselamatan dan anggota keselamatan di litar perlumbaan bagi mengelakkan kemalangan melibatkan penonton.

“Ini selaras dengan saranan MAM dan perlumbaan di litar terbuka di Indera Mahkota (Pahang) itu telah diperakukan selamat untuk perlumbaan disertai 51 buah pasukan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” kata beliau.

Ekoran kemalangan itu, kesemua acara perlumbaan termasuk penyampaian hadiah dan upacara perasmian penutup oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dijadualkan pukul 3 petang tadi, telah dibatalkan. – BERNAMA

Tags: Go-Kart
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

29 Mac Keputusan Inkues EIMARace 2016

14/03/2018
0

KUANTAN - Keputusan inkues kematian dua beranak semasa menonton Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 di Jalan Sukpa, Indera...

Inkues EIMARace: Penganjur Rayu Terus Perlumbaan

31/01/2018
0

KUANTAN - Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa penganjur Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 merayu pertandingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd