• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Wanita Thailand Diselamatkan Daripada Diperdagang

oleh Ahmad Albab
28/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seramai 20 wanita warga Thailand diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia dalam satu operasi Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran yang dijalankan Jabatan Imigresen, di sini semalam.

Operasi bermula pada pukul 11.45 pagi itu ditumpukan di dua lokasi iaitu di lorong belakang sebuah bank di Jalan Impian Emas, Skudai dan Jalan Padi Emas, Bandar Baru Uda.

Ketua Unit Risikan dan Anti Pemerdangan Orang dan Penyeludupan Migran, Bahagian Penguatkuasa Imigresen Negeri, Amir Syamri Mat Ripin berkata operasi itu turut menahan dua lelaki warga Thailand berusia 25 dan 50 tahun yang bertindak sebagai ketua dan pengurus sindiket yang mengangkut kesemua wanita terbabit.

Menurut beliau, kejayaan menyelamatkan kesemua mangsa berusia antara 45 hingga 71 tahun itu adalah hasil pemerhatian dan risikan pihaknya yang dijalankan selama dua bulan.

“Modus operandi sindiket ini ialah menghantar wanita-wanita berkenaan ke bandar raya dan menempatkan mereka di kaki-kaki lima atau kawasan kedai runcit untuk menjual keropok.

“Keropok-keropok ini dibawa dari Thailand dan Kelantan kemudian dibungkus untuk dijual pada harga RM3.

“Daripada hasil jualan bermula 11 pagi hingga 12 tengah malam itu, sindiket akan mengambil bayaran harian sebanyak RM30 dan pengangkutan (RM5) daripada mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amir Syamri berkata berdasarkan siasatan lanjut, kesemua mangsa didapati beragama Islam dan berasal dari daerah Patani, selatan Thailand.

Mangsa-mangsa dikumpulkan di dalam sebuah rumah sepanjang berada di sini. Kesemua mangsa dan suspek kemudian dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Setia Tropika untuk tindakan lanjut dan kenderaan yang diguna pula, disita.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15 dan 44 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. – BERNAMA

Tags: perdagangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyakit Tibi Bukan Wabak, Masih Terkawal – Dr Zaliha

Anwar, Trudeau Bincang Langkah Perkukuh Perdagangan, Pelaburan

18/11/2023
0

SAN FRANCISCO - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Kanada, Justin Trudeau membincangkan kaedah untuk memperkukuh...

Hubungan Malaysia, Qatar Diperkukuh – PM

06/10/2021
0

PETALING JAYA - Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Qatar akan diperkukuhkan lagi selain turut merapatkan jalinan menerusi aspek perdagangan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd