• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pegawai Bank Didakwa Atas Tuduhan Rasuah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dua pegawai bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah RM7,000 daripada seorang individu, awal September lepas.

Muhammad Safwan Isnen, 27, dan Azzry Eyzzamshah Mohamad Arifin, 27, dituduh secara bersama menerima wang suapan berkenaan daripada Afizi Ahmad, di restoran Starbucks Coffee, berbelahan pintu utama One Borneo Hypermall pada 10.13 malam, 6 Sept.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manaf membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 seorang dengan deposit RM5,000 berserta seorang penjamin tempatan.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua tertuduh menyerahkan pasport masing-masing ke mahkamah.

Abu Bakar menetapkan 14 Nov depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Rozanna Abdul Hadi dan Pegawai Pendakwa SPRM Awang Samsul Baharom Bungso manakala Muhammad Safwan dan Azzry Eyzzamshah masing-masing diwakili peguam Ressa Balang dan Azheir Farhan.

Sementara itu, mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk membebaskan tanpa syarat seorang lagi tahanan reman SPRM, Mohd Azif Ahmad, 25, berhubung kes berkenaan. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd