• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, Seorang Parah Kemalangan Berasingan

oleh Ahmad Albab
16/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua lelaki maut dan seorang kanak-kanak lelaki cedera parah dalam kemalangan berasingan di Jalan Hutan Simpan Lesong dan KM147 Jalan Kuantan-Johor Bahru di Rompin petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata dalam nahas pertama di Jalan Hutan Simpan Lesong pada 4.30 petang, mangsa Mohd Nisam Kasani, 46, meninggal dunia di tempat kejadian selepas treler dipandunya dengan membawa muatan balak terbabas masuk ke dalam gaung.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu treler ini dalam perjalanan dari Hutan Simpan Lesong hendak keluar ke jalan utama dengan membawa muatan balak tersebut.

Namun, semasa mangsa menuruni bukit dipercayai treler yang dipandu ini telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam gaung. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat dihempap dengan muatan kayu balak tersebut,” katanya kepada Bernama hari ini.

Muhammad Aidil berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Muadzam Shah di Rompin untuk bedah siasat.

Sementara itu, beliau berkata dalam nahas kedua di KM147 Jalan Kuantan/Johor Bahru pada 5.15 petang telah menyebabkan mangsa Muhammad Shakir Habibur Rahman, 36, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Nadzir Shah, 10, cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas masuk ke dalam parit.

Muhammad Aidil berkata kereta jenis Proton Saga yang dipandu Muhammad Shakir ketika dalam perjalanan menuju ke Kuantan berkenaan dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas ke parit di sebelah kiri jalan dan terbalik.

“Mayat pemandu kereta ini bersama penumpang iaitu kanak-kanak lelaki ini telah dihantar ke Hospital Rompin,” katanya.

Muhammad Aidil berkata kedua-dua kes kemalangan berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd