• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yusof Haslam Antara Anggota ‘Pantau’ SPRM

oleh
16/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengarah filem terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam dilantik menganggotai badan bebas pemantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penerbit drama kepolisan Gerak Khas itu adalah antara 13 anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), manakala tujuh anggota lagi dilantik sebagai ahli Panel Penilaian Operasi (PPO).

Pihak SPRM dalam satu kenyataan media di sini berkata, tempoh pelantikan kesemua 20 anggota PPPR dan PPO itu adalah selama setahun berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 14 Ogos 2017.

“Pelantikan bagi dua badan bebas itu terdiri daripada pemimpin badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan, golongan profesional, ahli akademik serta bekas pegawai tertinggi kerajaan dan mereka dilantik secara pentadbiran di bawah Akta SPRM 2009,” katanya.

PPPR dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam dengan 11 anggota lain termasuk antaranya ialah bekas Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz.

Turut menjadi anggota ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global, Nasharudin Mat Isa; bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Mohd Sham Sani dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., Datuk Abdul Aziz Ishak.

Manakala PPO pula diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaleha Zahari dengan enam anggotanya termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; pensyarah UKM, Prof. Madya Mohammad Agus Yusoff dan Pengerusi Malaysian Rating Corporation Berhad, Datuk Azizan Abdul Rahman.

Mereka menerima watikah pelantikan tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Pelantikan 20 anggota badan bebas pemantau perjalanan SPRM itu dibuat selaras ketegasan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad bagi memastikan suruhanjaya itu mampu membanteras gejala rasuah di negara ini secara berkesan.

Beliau yang mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Abu Kassim Mohamed bermula 1 Ogos lalu berkata, fokus utama menerajui SPRM ialah menekankan peranan suruhanjaya berkenaan dalam usaha meningkatkan integriti di sektor awam dan swasta. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: SPRMYusof Haslam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd