Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Delhi Kenakan Perintah Berkurung...

NEW DELHI: Ibu negara India, Delhi akan mengenakan perintah berkurung hujung minggu untuk...

Terengganu Haramkan Vape Bermula...

TERENGGANU menjadi negeri ketiga selepas Johor dan Kelantan mengharamkan penggunaan vape. Kerajaan negeri itu...

Penghantar Piza Perlu Tahu...

ARTIKEL ini adalah laporan susulan bagi kupasan bertajuk Isu Rider Piza Maut: Salah Sistem...

VIDEO: Upacara Pengebumian Abu...

Semalam, kami telah siarkan berita tentang seorang mujahidin Malaysia di Syria dikenali sebagai...

Video: Remaja Buat Aksi Bodoh Otw Genting Highlands

GARA-GARA terlalu berseronok, mungkin kali pertama menaiki kereta atau kali pertama mahu menjejakkan kaki ke Genting Highlands, tiga remaja perempuan sanggup mengambil risiko membahayakan nyawa mereka.

Ya, tidak dapat dinafikan, usia remaja adalah usia untuk berseronok dan sering kali melakukan perbuatan yang diluar jangkaan, tetapi kenapa mesti membahayakan nyawa sendiri?

Melalui rakaman video yang diterima, jelas menunjukkan mereka bertiga duduk di tingkap kereta yang sedang dipandu tanpa sebarang kerisauan apa akan berlaku kepada mereka sekiranya mereka terjatuh dari kereta tersebut.

Selepas rakaman itu dimuatnaik ke laman Facebook, rata-rata menzahirkan rasa marah terhadap remaja tersebut dan ada juga yang menggunakan kata-kata yang agak kasar.

Adakah ini nilai yang perlu diterima semata-mata mahu berseronok dan menunjukkan keberanian anda? Sudah lah membahayakan diri sendiri, kena kutuk pula selepas itu.

Seorang pengguna Facebook selamber berseloroh;

“Selalu yang aku nampak anj*ng je keluar tingkap. Tapi aku bersangka baik, maybe first time naik genting, tu jakun sikit haha.. Macam-macam hal la…”

Antara ‘pandangan’ lain yang ditinggalkan di ruangan komen:


Video: Remaja Buat Aksi Bodoh Otw Genting Highlands

Video: Remaja Buat Aksi Bodoh Otw Genting Highlands

Video: Remaja Buat Aksi Bodoh Otw Genting Highlands

Sebenarnya, jika terdapat aksi merbahaya seperti ini, pihak polis wajar mengambil tindakan terhadap mereka agar tidak ada lagi aksi seperti ini dilakukan pada masa akan datang.

Mana taknya, bayangkan jika mereka terjatuh dan dilanggar oleh kenderaan lain, tidakkah pemandu kenderaan yang melanggar mereka juga akan berhadapan dengan masalah?

Mereka yang berseronok, orang lain pula kena tanggung masalah. Haih musibat sungguh! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori