• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usia Hampir Seabad, Carmen Masih Ligat Di Pentas Model

oleh AK-47
25/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN umur sudah hampir jangkau satu abad, Carmen Dell’Orefice, peragawati terkenal Amerika Syarikat (AS) muncul sebagai model wanita tertua yang masih ligat di atas pentas peragaan setanding dengan pendatang baharu.

Usia Hampir Seabad, Carmen Masih Ligat Di Pentas Peragaan

Dell’Orefice yang berusia 85 tahun memulakan kerjaya sebagai model sejak berusia 13 tahun selepas Perang Dunia Kedua apabila ditawarkan oleh isteri jurugambar terkenal, Herman Landschoff.

“Saya mula menceburi industri ini apabila industri ini mula sahaja lahir selepas Perang Dunia Kedua,” katanya.

Menurut laman NewNowNext, kontrak pertama yang ditandatangani ikonik model berdarah campuran Itali dan Hungary ini hanya berjumlah AS$7.50 (RM30.27) sejam waktu itu.

Jelas Dell’Orefice, sewaktu perang, dia adalah pelopor kepada fesyen ‘Couture‘ kerana kebanyakan wanita pada zaman itu tidak dapat pergi ke benua Eropah dan memiliki pakaian ‘Couture’.

Usia Hampir Seabad, Carmen Masih Ligat Di Pentas Peragaan

“Saya adalah sebahagian daripada era perkembangan fesyen ‘Couture’ di AS, yang mana para pereka hanya melakukan rekaan mereka sendiri tanpa hanya bergantung kepada bakat-bakat dari Eropah,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia berharap keberadaannya dalam industri berkenaan dapat membantu golongan wanita untuk keluar daripada kepompong penuaan atau bersaing sesama sendiri atau dengan model yang lebih muda.

“Saya berharap saya membantu wanita keluar daripada kepompong penuaan, menjalani kehidupan mereka dan tidak cuba untuk bersaing antara mereka sendiri yang usianya lebih muda atau mana-mana usia sekalipun.

“Saya akhirnya mencapai satu titik kehidupan saya di mana saya mempunyai keunikan tersendiri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Carmen Dell'Oreficemodel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

08/11/2025
0

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Dirakam Ketika Lelaki Buat ‘Live’ Lucah di Kedai Makan OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR...

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

18/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd