• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Universiti Ambil Langkah Banteras Pengaruh Daesh

oleh Ahmad Albab
26/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti awam mengambil pelbagai langkah bagi mengelak penuntut daripada terjebak dengan kegiatan militan Daesh, termasuk melakukan pemantauan terhadap akaun media sosial mereka.

Naib Canselor Universiti Malaya Tan Sri Prof Dr Mohd Amin Jalaludin berkata pemantauan itu adalah satu daripada pendekatan berkesan bagi membanteras penyalahgunaan media sosial bagi tujuan keganasan dan merekrut anggota.

“Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti memantau akaun sosial penuntut seperti Facebook, Twitter dan Instagram menerusi Jawatankuasa Khas Pemantauan Aktiviti atau Kegiatan Ekstremis dan Pelampau Agama yang baru kami tubuhkan.

“Nama-nama pelajar yang disyaki terlibat dalam kegiatan Daesh akan diserahkan kepada Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama.

Baru-baru ini, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata terdapat sebilangan kecil mahasiswa mempunyai kecenderungan menyokong ideologi Daesh.

Mohd Amin berkata UM bekerjasama rapat dengan polis dan akan memaklumkan kepada mereka sekiranya menerima laporan mengenai penuntut terbabit dalam kegiatan Daesh.

Katanya UM juga mendidik penuntut mengenai bahaya kegiatan Daesh.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata UUM menjalankan program penerangan mengenai ancaman dan bahaya Daesh.

“Program ini dimulakan semester lepas dan akan diteruskan kepada penuntut yang akan masuk hujung bulan ini.

“Walaupun setakat ini tiada penglibatan pelajar UUM dalam sebarang kegiatan militan, program sedemikian masih diberi keutamaan supaya penuntut universiti dapat membezakan antara erti sebenar ‘Daesh’ dan ‘tuntutan agama’ dari awal lagi,” katanya.

Beliau berkata universiti tidak kompromi dalam menentang pengaruh Daesh.

“Jika pelajar kami didapati terbabit dalam kegiatan militan, ia akan dimaklumkan kepada polis,” tegasnya.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Alumni Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Datuk Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din pula berkata latihan yang membina patriotisme masih diberi keutamaan di UPNM.

“Setiap hari, semua penuntut akan menjalankan latihan patriotisme. Program penerangan konsep keselamatan negara dan ancaman Daesh turut diadakan.

“Pemantauan juga dilakukan dan jika ada di kalangan mereka yang cenderung ke arah kegiatan militan, maka dia akan diberi kaunseling dan akan disiasat pihak UPNM sendiri sebelum diserah kepada polis,” katanya.

Ketika ditanya kemungkinan kepakaran pengendalian senjata disalahgunakan dengan terlibat dalam kegiatan Daesh, beliau berkata bukan sahaja penuntut UPNM malah semua individu terdedah dengan militan dan ia bergantung kepada jati diri seseorang itu sendiri.

Setakat ini, kata Mohamed Fadzil, tiada penuntut UPNM terbabit dalam Daesh. – BERNAMA

Tags: DaeshUniversiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd