• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Dilarang Main Pokemon Go – Mufti

oleh AK-47
06/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA satu Malayisa sedang ‘bersorak’ apabila aplikasi Pokemon Go sudah boleh diakses di Malaysia, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pula melarang umat Islam bermain Pokemon Go.

Pengumuman larangan itu menerusi laman sesawang rasminya iaitu muftiwp.gov.my pada Jumaat.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata, ketetapan itu dibuat berdasarkan nas dan faktor maslahah serta kemudaratan yang berlaku.

“Selepas meneliti pendapat ulama dan fatwa dikeluarkan (di luar negara), kami berpendapat fatwa dikemukakan ada asas dan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri perlu dijauhkan jika ia membawa mudarat.

“Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada unsur perjudian.

“Maka kami berpendapat bahawa hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat.

“Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku – pengintipan pihak luar; pencerobohan ruang peribadi; faktor keselamatan seperti kemalangan; kelalaian dan sebagainya,” katanya.

Baca: Saudi Muktamad Fatwa Pokemon Go Sah Haram

Juga: Tagih Pokemon Go Melarat Ke Masjidil Haram

TOPSHOT - A gamer uses the Pokemon Go application on his mobile in the main fish market in Kuwait City on July 14, 2016. / AFP / YASSER AL-ZAYYAT (Photo credit should read YASSER AL-ZAYYAT/AFP/Getty Images)

Tambah Dr. Zulkifli, masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan diharap tidak terbabit dalam aplikasi permainan peranti pintar berkenaan.

Difahamkan, keputusan larangan tersebut sebenarnya sudah diputuskan pada Isnin lalu selepas mengadakan perbincangan bersama ahli jawatankuasa berkenaan.

Dr. Zulkifli berkata, pihak jawatankuasa Mufti Wilayah Persekutuan mengesyorkan agar masyarakat memilih bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, serta tiada usur khurafat.

Terdahulu, pada 25 Julai lalu, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd. Noor turut menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan permainan tersebut di Malaysia.

Sambil merujuk tindakan beberapa buah negara di rantau Asia Barat menegah netizen bermain Pokemon Go, beliau mendakwa permainan itu mengandungi unsur syirik dan perjudian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Pokemon Go
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Blogger Terkenal Rusia Dijel Main Pokemon Di Gereja

29/04/2017
0

MOSCOW - Pendakwa raya di sebuah mahkamah Rusia meminta hakim memenjarakan seorang penulis blog tempatan selama tiga setengah tahun kerana...

Majikan Pecat Pekerja Leka Bermain Pokemon Go

26/09/2016
0

KUALA LUMPUR - Satu tinjauan yang dijalankan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mendapati, enam daripada 150 firma yang ditinjau sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd