• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UAE Arah Wanita Warganya Tanggal Burka Di Switzerland

oleh AK-47
11/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ABU DHABI – Kedutaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Geneva, Switzerland mengarahkan wanita rakyatnya tidak memakai burka susulan pengharaman pemakaian tudung muka purdah di beberapa wilayah negara Eropah itu.

Menerusi satu kenyataan di laman sosial Twitter rasmi, kedutaan tersebut juga meminta wanita UAE supaya mematuhi undang-undang tempatan berpakaian di kawasan awam terbuka yang mula berkuat kuasa pada Julai lalu di sebahagian besar daripada Switzerland.

“Wanita Emirati yang mahu bercuti di Switzerland harus mengelakkan diri daripada memakai burka di beberapa wilayah tertentu ekoran pelaksanaan peraturan antaranya Lugano, Locarno, Magadino, Bellinzona, Ascona dan Mendrisio,” kata kenyataan kedutaan berkenaan.

Switzerland mempunyai 26 wilayah atau disebut canton namun sebahagian besar tidak melaksanakan larangan pemakaian burka antaranya canton Geneva, Zurich dan ibu kota Bern sendiri kerana penduduknya mudah menerima kehadiran ramai warga asing.

UAE Arah Wanita Warganya Tanggal Burka Di Switzerland

Wanita termasuk pelancong asing yang ditahan kerana memakai burka di khalayak awam boleh didenda 10,000 franc (RM41,083) dan kadar itu jauh lebih tinggi berbanding Perancis yang turut melaksanakan larangan tersebut dengan denda hanya €150 (RM670).

“Kami menasihatkan semua warga Emirati agar mematuhi undang-undang setempat dan elakkan diri duduk di restoran atau kafe sesak serta tidak meletak jubah atau bagasi di atas kerusi selain menjaga barangan peribadi di tempat awam,” kata kenyataan kedutaan tersebut.

Pejabat Misi Diplomatik UAE di Geneva turut meminta rakyatnya yang mengembara di Switzerland untuk tidak melanggar peraturan jalan raya kerana jika ingkar, pesalah perlu membayar denda sebelum dibenarkan pihak imgresen keluar meninggalkan negara berkenaan.

Ini termasuk kesalahan lazim iaitu memandu melebihi had laju dan parkir awam manakala rakyat asing juga dinasihatkan untuk tidak membawa wang tunai yang banyak dalam dompet ketika mengembara di seluruh Switzerland. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: burkapurdahSwitzerlandUAE
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suspek Bunuh Kayong Didakwa Cederakan Tuai Rumah Panjang

Next Post

Plat Motosikal Palsu, Penjual Nasi Lemak Didenda RM5,000

Related Posts

UAE Beri Vaksin Polio Kepada 460,000 Kanak-kanak Gaza

UAE Beri Vaksin Polio Kepada 460,000 Kanak-kanak Gaza

09/09/2024
0

DUBAI: Pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menyelesaikan pemberian vaksin polio ke atas 460,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza dalam...

Banjir Di Kelantan, Terengganu Semakin Pulih

‘Saya Tak Tahu Ada Ahli Parlimen BN Sokong Langkah Dubai’

30/12/2023
0

JELEBU: "Saya tidak tahu menahu ada Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan di Dubai mahu menumbangkan Kerajaan Perpaduan...

Next Post

Plat Motosikal Palsu, Penjual Nasi Lemak Didenda RM5,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd