• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Dikritik Setelah Hina Keluarga Khirz Khan

oleh Ahmad Albab
06/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“ANDA sembunyikan kebenaran. Anda takut menghadapi kebenaran!” kata Khirz Khan.

Bapa kepada Humayun Khan, tentera Amerika Syarikat (AS) yang terbunuh di Iraq pada 2004 itu mencela calon Presiden dari Republikan, Donald Trump kerana memperlekehkan ucapannya di majlis Parti Demokrat minggu lalu.

Trump mencela Khirz Khan sebagai tamu yang hanya membaca skrip yang ditulis penasihat Hillary Clinton.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Khirz Khan mengkritik pelbagai provokasi Trump terhadap umat Islam AS.

Antara celaan Trump ialah mahu menghalang umat Islam memasuki AS.

Koresponden stesen CNN, Linda Feldmann melaporkan, Trump kini menerima serangan balas agresif berikutan sikapnya yang memperlekehkan ucapan Khirz Khan.

Trump turut mencela isteri Khirz Khan, Ghazala dengan menyifatkannya, sebagai isteri yang hanya berdiri dan mendiamkan diri di sisi suami sepanjang ucapan itu.

Khirz Khan muncul pada majlis anjuran Parti Demokrat, sebagai bapa keluarga Islam yang mahu jasa anaknya sebagai tentera AS dihargai.

Kematian anaknya, kata Khirz Khan, adalah bukti masyarakat Muslim turut berjuang demi AS.

Anak Khirz Khan, Kapten Humayun Khan, 27, mati akibat serangan bom kereta di Iraq pada 2004.

Keadaan semakin tegang apabila Trump turut menghina status keluarga Khirz Khan, sebagai imigran Pakistan yang tidak berhak mengkritiknya.

Sikap Trump turut mendapat kritikan Presiden Obama yang menyifatkan calon presiden itu, sebagai tidak sesuai dan tidak bersedia menjadi presiden AS yang mendokong perlembagaan hak asasi tanpa mengira bangsa dan agama. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Khirz Khan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd