• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Isytihar Berjaya Tumpaskan FAM!

oleh AK-47
05/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengisytiharkan baginda telah berjaya menumpaskan `rejim’ 30 tahun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Baginda yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bertitah, ia ekoran barisan Exco FAM bersetuju untuk bersara bersama-sama dengan Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Tidak ada seorang pun dapat mengubah FAM selama lebih 30 tahun. Kemudiannya pada suatu hari, seorang pemuda (TMJ) yang begitu sayangkan bola sepak telah datang dan mengambil alih pentadbiran pasukan negeri yang dicintainya.

“Saya dengan perasaan bangga ingin menyatakan bahawa lelaki muda tersebut yang benar-benar sayangkan bola sepak dengan impian besarnya dan pernah juga digelar ‘budak mentah’ telah mengalahkan rejim 30 tahun FAM.

“Seperti pernah saya katakan sebelum ini, saya akan memusnahkan apa yang mereka bina dari awal dan membina semula ia dengan lebih baik (Walaubagaimanapun, saya mendapat idea ini dari sebuah organisasi rahsia, bukan dari filem X-Men. Haha…),” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

TMJ dalam pada itu mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mencadangkan kepadanya supaya mengambil alih jawatan Presiden FAM.

Baginda bagaimanapun tidak bersetuju untuk menjadi Presiden FAM kerana sudah mempunyai JDT selain bimbang berlaku konflik kepentingan kerana baginda akan lebih cenderung ke arah pasukan dari negerinya.

“Tindakan saya membuktikan bahawa saya bukan seseorang yang mementingkan diri sendiri, pemanipulasi dan terbabit dalam rasuah, kerana jika saya adalah sedemikian rupa, saya pasti akan menerima tawaran untuk menjadi presiden (FAM) sekarang ini,” titah baginda. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FAMTunku Mahkota Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR  - Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski hari ini mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua...

Tunku Mahkota Ismail Tunai Solat Jumaat Bersama Anggota Tentera

Tunku Mahkota Ismail Tunai Solat Jumaat Bersama Anggota Tentera

05/06/2026
0

MERSING – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor berangkat menunaikan solat Jumaat bersama anggota tentera di Masjid Kem Seri Iskandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd