• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TLDM Tahan 3 Lelaki Filipina Langgar Perintah Berkurung

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Pasukan Pangkalan Hadapan Kapal Mudah Alih Tun Azizan, Tentera Laut Diraja Malaysia menahan tiga lelaki warga Fililina kerana melanggar arahan perintah berkurung di perairan Pulau Taganak dekat sini, pada Ahad lepas.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mereka berumur antara 34 hingga 52 tahun itu ditahan selepas bot mereka dikesan radar memasuki perairan negara ini secara haram pada kira-kira 9.45 malam.

“Satu pasukan Aturgerak Cepat (QRF) Angkatan Tentera Malaysia kemudiannya telah diatur gerak untuk memintas bot berkenaan. Setelah ditahan terdapat tiga lelaki berada dalam bot berkenaan.

“Setelah diperiksa, ketiga-tiga lelaki berkenaan adalah warga Filipina dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Abdul Bari berkata mereka juga didapati telah melanggar arahan perintah berkurung dan akan disiasat mengikut Seksyen 31 (2) Akta polis 1967 dan Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beliau berkata bot dan seunit enjin sangkut bot itu serta wang tunai 100,000 peso (RM8,696) turut dirampas.

Wan Abdul Bari berkata kesemua yang ditahan dibawa ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata pasukan keselamatan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menceroboh atau melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan bagi menjamin kedaulatan dan keamanan perairan negeri khususnya di Pantai Timur Sabah. – BERNAMA

Tags: EsscomTLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd