• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tikam Wanita 78 Kali, 2 Rakan Ke Tali Gantung

oleh Ahmad Albab
17/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua rakan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita dengan menikamnya sebanyak 78 kali pada Disember 2011.

Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Faizul Mohd Ali, 24, dan Mohd Zulhaziq Razali, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pendakwaan di akhir kes pembelaan.

“Apabila dipertimbang secara keseluruhan, pembelaan (orang kena tuduh) OKT1 (Muhammad Faizul) tidak boleh dipakai dan didapati bersalah serta disabit kesalahan.

“Pembelaan OKT2 (Mohd Zulhaziq) juga gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan dan dia dibuktikan mengambil peranan dalam pembunuhan itu.

Maka, OKT2 didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan,” katanya.

Selepas hukuman dijatuhkan, Muhammad Faizul dan Mohd Zulhaziq hanya tersenyum hambar dan anggota keluarga mereka yang hadir di mahkamah kelihatan muram dengan keputusan terbabit.

Kedua-dua lelaki itu dituduh bersama-sama membunuh Rozana Mohd Yusak, 35, yang juga teman wanita Muhammad Faizul, di rumah mangsa di Jalan Puncak Desa 2, Kepong, dekat sini antara pukul 12 tengah malam hingga 1.15 pagi, pada 21 Disember 2011.

Muhammad Faizul dan Mohd Zulhaziq dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Hujah pendakwaan menyatakan kedua-dua lelaki itu telah pergi ke rumah Rozana dan berlaku pergelutan sehingga mengakibatkan mangsa mati akibat ditikam 78 kali selain mengalami beberapa kesan luka dan lebam disebabkan objek tajam.

Pihak pendakwaan turut mengemukakan keterangan saksi bahawa Mohd Zulhaziq telah membuat persiapan awal pembunuhan dengan membawa sebilah pisau sebelum pergi ke rumah mangsa.

Sepanjang perbicaraan diadakan, sebanyak 13 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan telah dipanggil memberi keterangan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Balkish Abdul Yazaid manakala Muhammad Faizul diwakili peguam Ariff Azami Hussein dan Mohd Zulhaziq pula diwakili Saladin Mohd Yasin. – BERNAMA

Tags: hukuman matiremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd