Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Universiti Disaran Jadi Agen...

SHAH ALAM – Universiti awam dan swasta disaran menjadi agen penggerak bagi menyemarakkan...

Beribu Pekerja MAS Bakal...

Malaysian Airline System Bhd sedang mempertimbangkannya langkah pengurangan kerja, semakan semula arahan pesawat...

Ajaib Tiada Masjid Rosak...

KATHMANDU - Meskipun digegarkan dengan gempa sekuat 7.9 skala Richter pada 25 April...

Pesilat Negara Tidak Sedarkan...

MALANG menimpa pesilat negara Muhammad Faizul M Nasir apabila hasratnya untuk mempertahankan pingat...

Tiada Pegawai Dan Anggota PGA Seluruh Negara Terlibat Daesh

IPOH – Tiada pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negara yang dikenal pasti terlibat dengan aktiviti kumpulan militan Daesh.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata bagaimanapun, pihaknya akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan pengaruh Daesh tidak menular dalam kalangan anggotanya.

“Saya mengesahkan setakat ini tidak ada. Namun kita sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengekang penularan fahaman militan Daesh.

Selain itu, kita turut memanggil penceramah agama serta pasukan khas termasuk dari bahagian cawangan khas untuk memperjelaskan keburukan dan tindakan yang akan diambil jika menyertai kumpulan itu,” katanya.

Muhammad Sabtu berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja sulung ke Kem PGA Briged Utara di Ulu Kinta di sini hari ini.


Dalam perkembangan lain, Muhammad Sabtu berkata ketika ini terdapat kira-kira 200 kekosongan jawatan dalam PGA yang mana pihaknya meletakkan harapan agar ia direbut oleh masyarakat Orang Asli.

“Kita memberi fokus kepada pengambilan anggota daripada Orang Asli dalam Batalion 3 dan Batalion 18.

“Sehingga kini, terdapat kira-kira 1,000 anggota terdiri daripada masyarakat Orang Asli di setiap batalion PGA di seluruh negara,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Daesh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori