• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Tubuh Polis Pokemon Tangkap Pemain Degil

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Thailand sudah bersedia untuk menangkap pengguna jalan raya dan pejalan kaki yang bermain Pokemon Go di 10 zon utama di bandar raya ini sebagai usaha mengurangkan nahas berpunca permainan itu.

Sepasukan 50 anggota yang lengkap dengan kamera telefon bimbit akan meronda jalan raya berkenaan dan merakam mereka yang melanggar peraturan, kata pemangku ketua polis Bangkok, Sanit Matahavorn.

Langkah itu bertujuan mengehadkan kawasan tempat pemain boleh menangkap makhluk maya. Akhbar Bangkok Post melaporkan bahawa ia bermatlamat bagi mencegah orang awam ‘menangkap’ watak Pokemon di lokasi sibuk dan penuh sesak.

Polis juga akan menyasarkan operasi mereka terhadap para pemain di kawasan-kawasan utama yang ramai pengunjung dan pelancong seperti Sukhumvit dan Phaya Thai. Jalan raya utama yang turut diawasi polis termasuk Rama 1, Rama IV dan Vibhavadi Rangsit

Menurut pihak berkuasa, jumlah nahas jalan raya di kawasan-kawasan yang dikaitkan dengan permainan Pokemon Go kini semakin meningkat. Para pegawai bagaimanapun tidak dapat memberikan lebih banyak perincian.

Menurut media tempatan, denda sebanyak 1,000 baht (RM116) akan dikenakan terhadap sesiapa yang didapati terlibat dengan perbuatan yang membahayakan seperti menyekat pergerakan trafik atau bermain permainan tersebut dengan cara yang tidak sesuai.

Sepuluh jalan raya utama akan diisytihar zon tanpa pemburu Pokemon kerana pihak berkuasa mendapati jumlah kemalangan di kawasan itu semakin meningkat kesan daripada bermain permainan peranti berkenaan. – Agensi/myMetro Online

Tags: Pokemon GoThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd