• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Sempat Ke Makkah, Bakal Jemaah Haji Maut Di KLIA

oleh Ahmad Albab
07/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bakal jemaah haji dari Kuala Nerang, Kedah, meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini akibat komplikasi tekanan darah tinggi.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan berkata Allahyarham Kamarulzaman Masaod Zainal, 53, dilaporkan jatuh sakit di KLIA setelah tiba dari Alor Setar dengan penerbangan KT9K pada pukul 12.55 tengah malam.

Bagaimanapun setelah dikejarkan ke Hospital Putrajaya, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada pukul 6.45 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, Allahyarham dan isterinya Siti Minah Md Lazim, 49, dijadualkan berlepas ke tanah suci dengan penerbangan KT9 dari KLIA ke Madinah pada pukul 5 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke kampung halaman pada pukul 12.40 tengah hari diiringi isteri serta adiknya dan akan disolatkan di Masjid Titi Gajah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Titi Gajah, malam ini.

Dalam pada itu Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah memaklumkan kepada isteri Allahyarham bahawa pihaknya akan melaksanakan badal haji untuk suaminya pada tahun ini serta membantu dalam urusan pengkebumian jenazah.

“Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan anggota TH merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham. Kami turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, mendapat keampunan Allah serta ditempatkan di kalangan orang-orang soleh,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajimeninggal dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd