• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPM Tiada Manfaat, Suhaimi Tak Hantar Anak Ke Sekolah

oleh AK-47
05/08/2016
dalam Artis, Gaya Hidup, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK kebelakangan ini, nama penyanyi nasyid, Suhaimi Saad tiba-tiba melonjak selepas mendedahkan anak-anaknya tidak terima suntikan vaksin serta hanya berubat dengan amalan sunah dan bacaan Al-Quran.

Kontroversi mengenai dirinya bertambah panas apabila anaknya itu turut dikatakan tidak pernah dihantar ke sekolah, sebaliknya pergi mengutip derma.

Dek kerana itu juga, dirinya teruk menerima kecaman dan kritikan netizen.

Susulan itu, Suhami tampil menafikan anaknya ‘mengemis’, tetapi hanya membuat persembahan awam atau ‘busking’ bagi sebuah pertubuhan kebajikan iaitu Sabah Care.

Menyentuh isu sekolah pula, Suhaimi mengakui tidak melihat manfaat dalam format peperiksaan di negara ini.

Menurutnya, tidak ada keperluan untuk anak-anaknya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekiranya mereka sudah mencapai kehendak dan impian masing-masing kelak.

“SPM pun mungkin kita akan ambil secara persendirian. Itu pun SPM ini kita tidak akan tahu bertahan sampai bila sebab sistem ini sentiasa boleh berubah.

“Cuma saya merancang yang terbaik. Saya tengok ramai yang buat belajar di rumah ini apabila usia 14 tahun ke 15 tahun dan sudah boleh sampai sasaran dia.

“Ada jadi saintis, ahli perniagaan dan sebagainya. Jadi kalau dah jadi ahli muzik, sudah boleh bekerja, tidak perlulah SPM itu,” katanya.

“UPSR dan PT3 saya rasa tidak akan bawa ke mana-mana dan memang saya tak rancang untuk mereka.”

“Sekarang ini saya fokuskan kepada akhlak dan bahasa serta Al-Quran,” katanya kepada ProjekMMO.

Difahamkan, Suhaimi dan isterinya, Nordiana Mohd Naim memilih menyekolahkan anak-anak mereka sendiri di rumah menggunakan konsep ‘home schooling’. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Suhaimi Saad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pertemuan Khairy-FAM Belum Capai Kata Putus

Next Post

Muhyiddin Sah Presiden Parti Baharu Ciptaan Mahathir

Related Posts

Suami Ina Naim Tayang Seluar Dalam, “Nak Malu Apa?”

29/08/2016
0

SIAPA saja yang tak sayangkan isteri? Jika difikirkan, setiap lelaki akan menyayangi isterinya dan akan memberikan yang terbaik untuk membahagiakan...

Suhaimi Tolak Vaksin, Amal Ayat Al-Quran Jadi Penawar

02/07/2016
0

BEKAS ahli kumpulan In-Team, Suhaimi Saad, membuat pendedahan bahawa keempat-empat anaknya tidak pernah menerima suntikan imunisasi vaksin malah menjadikan bacaan...

Next Post

Muhyiddin Sah Presiden Parti Baharu Ciptaan Mahathir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd