Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

SOP Bomba Bagi Penyelamatan...

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menegaskan Jabatan Bomba dan...

KDN Tiada Kuasa Sekat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana blog...

Golongan Muda Antara Ramai...

TAWAU - Golongan muda direkodkan antara golongan besar yang muflis di daerah ini,...

Kematian Seorang Lagi Mangsa...

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan bahawa kanak-kanak perempuan yang didera di...

Pertemuan Khairy-FAM Belum Capai Kata Putus

PUTRAJAYA – Keputusan mengenai formula baharu bagi memulihkan prestasi bola sepak negara masih belum mencapai kata putus pada pertemuan antara Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.

Khairy berkata beliau telah membentangkan formula berkenaan kepada exco FAM pada pertemuan selama satu jam selepas diperkenan oleh Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada pertemuan minggu lepas.

Katanya, antara intipati formula berkenaan adalah berkaitan kepimpinan dan hala tuju FAM serta penglibatan semua pihak dalam membentuk masa depan bola sepak negara.

“Saya rasa secara spesifiknya keputusan akan diumumkan pada 15 Ogos ini iaitu pada Mesyuarat Exco FAM. Saya rasa penting untuk exco sendiri buat keputusan ini.

“Cuma sekarang masih ada ketidaktentuan berkenaan dengan kepimpinan FAM, yang mana semua sedia maklum presiden telah mengumumkan hasrat beliau untuk bersara dari FAM jadi kami perlu ada formula untuk bergerak ke hadapan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata exco FAM menyambut baik segala pembentangannya mengenai formula baharu ini dan jika anggota exco lain bersetuju, keputusan itu akan diumumkan pada mesyuarat exco nanti.

Ditanya mengenai calon pengganti Tengku Abdullah, Khairy berkata pengganti baginda adalah berdasarkan keputusan perlembagaan iaitu melalui pemilihan pada Mesyuarat Kongres FAM.


Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah selepas perjumpaan bersama Khairy bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci isi formula yang dibincangkan itu.

“Dalam perjumpaan dengan menteri tadi, beliau ada memberi beberapa pandangan dan kita saling bertukar pendapat yang boleh diguna pakai untuk maju ke hadapan bagi kebaikan bersama,” katanya.

Afandi berkata segala keputusan berkaitan formula baharu, termasuk keputusan perletakan jawatan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah akan dimaklumkan selepas mesyuarat exco bersidang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori