Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

3 Maut, 18 Cedera...

GEMPAR... Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesan tiga mayat lelaki...

Kerjasama Peniaga Naik Taraf...

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meminta para peniaga yang terbabit dalam projek...

Bayi 40 Hari Alami...

GEORGE TOWN: Seorang bayi berusia 40 hari mengalami pendarahan otak selepas dihempas ke...

Ibu Tunggal Mengaku Salah...

KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal hari ini mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki...

‘Tak Kecewa Kerana Tuah Belum Menyebelahi Saya’

PENYANYI kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Firman, 27, mengakui tuah masih belum memihak kepadanya untuk mendapat tempat dihati peminat walaupun bergelar juara program tersebut, dua tahun lalu.

Firman memberitahu, dia tidak pernah berasa sedih atau kecewa popularitinya semakin tenggelam kerana ia merupakan perkara biasa dalam perjalanan karier seorang artis.

“Tidak pernah wujud perasaan kecewa mahupun sedih dalam diri saya kerana saya tahu, buat masa ini rezeki masih belum berpihak kepada saya.

“Ini juga lumrah dalam industri seni dan tuah belum menyebelahi saya agar menjadi lebih terkenal dan mendapat perhatian.

“Saya masih baru dalam bidang ni, dan apa yang paling penting ialah saya tidak berputus asa kerana banyak lagi yang belum saya pelajari,” katanya kepada mStar Online.


Tambahnya, dia juga yakin kehadirannya akan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat selagi dia berusaha dan dia juga meluahkan rasa syukur kerana masih mendapat undangan nyanyian. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori