• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Guna Isteri, Anak Kaburi Kegiatan Jenayah

oleh Ahmad Albab
22/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Seorang penganggur sanggup mempergunakan isteri dan dua anaknya untuk mengaburi kegiatannya memecah masuk premis di sekitar daerah ini serta di Rawang dan Gombak, Selangor.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Adzli Abu Shah berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 pagi 9 Ogos lepas, bersama rakan sejenayahnya yang berumur 32 tahun, dalam sebuah kereta yang turut dinaiki isteri dan dua anaknya.

“Suspek mendedahkan dia membawa isteri dan dua anaknya yang berusia setahun lima bulan dan 10 tahun, bagi mengaburi mata polis dan masyarakat.

“Ketika melakukan jenayah pecah rumah, suspek akan meninggalkan isteri dan dua anaknya di pantai, pusat peranginan dan rumah saudara-mara isterinya di sini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Adzli berkata ketika ditahan, polis turut menjumpai peralatan pecah rumah seperti spanar, playar dan topeng muka ski yang disembunyikan di bawah alas kaki tempat duduk penumpang hadapan.

“Hasil siasatan, kami membebaskan isteri dan anak suspek dan percaya mereka tidak terlibat dengan kegiatan jenayah itu.

“Susulan itu, polis turut menahan tiga lagi individu iaitu ibu suspek yang berusia 54 tahun, seorang lelaki warga India kerana menjadi pembeli hasil barang samun dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun,” katanya.

Beliau berkata ibu suspek ditahan kerana barang samun tersebut dijumpai di rumahnya di Gombak dan hasil siasatan lanjut polis percaya ibunya tidak terlibat dengan kegiatan jenayah anaknya.

“Warga India itu pula yang memiliki kedai runcit di Gombak dan masih mempunyai permit yang sah, telah didakwa Khamis lepas mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi,” katanya.

Adzli berkata suspek yang menyasarkan rumah kedai dan kopitiam, mengaku terlibat dengan tujuh kes pecah masuk di daerah ini dan lapan kes di Gombak dan Rawang.

“Kedua-dua suspek utama ini juga positif dadah jenis morfin dan syabu, selain tidak mempunyai rekod jenayah.

“Polis akan meneruskan siasatan lagi kerana suspek tidak memberikan kerjasama penuh dan kami percaya mereka terlibat dalam banyak lagi kes pecah masuk premis,” katanya. – BERNAMA

Tags: pecah masuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Dua Lelaki, Dua Wanita Disyaki Pecah Rumah Ditahan

Dua Lelaki, Dua Wanita Disyaki Pecah Rumah Ditahan

06/10/2024
0

Iskandar Puteri : Empat kenalan termasuk dua wanita ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di Tanjung Kupang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd