• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukarelawan ‘Friends Of KPDNKK’ Bantu Pengguna

oleh Ahmad Albab
04/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mahu lebih ramai pengguna mendaftar sebagai sukarelawan ‘Friends of KPDNKK’ untuk memastikan lebih banyak manfaat dapat dinikmati masyarakat dari segi kepenggunaan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Friends of KPDNKK bukan sahaja bertindak sebagai pemantau harga barangan malah dalam mencadangkan rangkaian kedai yang menawarkan perkhidmatan terbaik dan harga berpatutan yang boleh dijadikan rujukan rakyat.

“Ini secara tidak langsung akan menjadikan peniaga atau pengusaha produk menawarkan perkhidmatan lebih berkualiti, efisien dan akhirnya mewujudkan satu persaingan yang positif untuk mereka mendapatkan ‘pengiktirafan’ kedai harga patut yang dikemukakan oleh Friends of KPDNKK.

“Kewujudan Friends of KPDNKK adalah untuk membantu hasrat kerajaan menjadikan pengguna mempunyai kuasa dan pengaruh yang baik untuk golongan pengguna sendiri,” katanya semasa merasmikan program Kepenggunaan Komuniti Dungun dan sambutan Aidilfitri UMNO Bahagian Dungun di sini malam tadi.

Katanya sukarelawan Friends of KPDNKK juga menjadi ‘barisan pertama’ untuk menyampaikan maklumat kepenggunaan kepada orang ramai kerana mereka diberi keutamaan dalam apa sahaja program kementerian.

“Pendidikan mengenai kepenggunaan walaupun agak sukar namun ia pasti memberi kesan dalam jangka masa panjang dan Friends of KPDNKK antara usaha permulaan kementerian dalam mencetuskan kesedaran tinggi mengenai hak-hak pengguna di dalam negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hamzah ZainuddinKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

03/12/2023
0

PETALING JAYA : Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, semalam membuktikan sokongan padu pengundi Melayu sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd