• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Sedia Platform Sama Kepada Uber, GrabCar, Teksi

oleh Ahmad Albab
12/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengguna pengangkutan awam tidak lama lagi bebas untuk memilih perkhidmatan kereta ‘e-hailing’ seperti Uber dan GrabCar dan perkhidmatan teksi biasa akan bersaing secara adil dengan perkhidmatan berkenaan.

Persoalan yang timbul adalah, bagaimana ia dapat dilaksanakan?

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata perkhidmatan Uber dan GrabCar akan diselaraskan tidak lama lagi bagi mewujudkan satu persaingan yang adil.

Walau bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Ting Lai berkata teksi-teksi tidak lagi akan dikawal selia supaya mereka dapat bersaing pada terma yang sama.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan video pendek di Wisma MCA, Tiong lai berkata SPAD telah membentangkan kertas kerja kepada kementeriannya dan mereka sedang menyediakan platform yang sama untuk Uber, GrabCar dan teksi.

“Kami akan membatalkan kawal selia teksi, yang bermakna sekatan dan peraturan seperti PSV (Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam) adalah lebih sedikit.

“Sebagai menteri pengangkutan, saya akan memberi kuasa kepada SPAD untuk membatalkan keperluan kawal selia terhadap teksi dan pemandu.”

Mengenai kelulusan Kabinet untuk mengawal selia GrabCar dan Uber, Tiong Lai berkata beberapa butiran tertentu masih perlu diteliti oleh SPAD.

Syed Hamid, ketika dihubungi berkata, walaupun benar bahawa Uber dan GrabCar akan dikawal selia, SPAD akan memberikan sidang akhbar penuh mengenai keputusan Kabinet dalam masa beberapa hari lagi.

Beliau menambah bahawa keputusan Kabinet adalah sebahagian daripada program transformasi pengangkutan awam.

Syed Hamid berkata, peraturan terhadap aplikasi e-hailing akan mewujudkan lebih banyak bidang sama rata bagi teksi dan perkhidmatan pengangkutan awam e-hailing.

“Undang-undang dan kaedah-kaedah baharu untuk mengawal selia setiap pemain akan diwujudkan,” katanya.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Khamis melaporkan bahawa perkhidmatan Uber dan GrabCar akan menjadi sah dari segi undang-undang tidak lama lagi.

Laporan itu berkata, keputusan itu dicapai selepas Ketua Pegawai Eksekutif Spad Mohd Azharuddin Mat Sah membentangkan 11 inisiatif kepada Kabinet pada Rabu untuk membaik pulih industri teksi konvensional dan mengembangkan perkhidmatan pengangkutan dengan mengiktiraf perkhidmatan Uber dan GrabCar.

Kabinet juga dilaporkan berpuas hati dengan langkah untuk menyediakan permit teksi individu kepada pemandu teksi konvensional yang mempunyai rekod baik dan bersih.

Terdapat kira-kira 77,000 pemandu teksi berdaftar di negara ini.

Turut dinyatakan bahawa pindaan undang-undang untuk ‘menghalalkan’ Uber dan GrabCar dijangka akan dilakukan pada mesyuarat Parlimen November ini.

Ketua Komunikasi Uber (Singapura dan Malaysia) Leigh Wong berkata pihaknya telah membaca laporan mengenai kelulusan yang diberikan Kabinet kepada SPAD untuk menggubal peraturan-peraturan bagi perjalanan jenis ini.

“Kami mahu mendapatkan butiran penuh daripada SPAD. Kami teruja mengenai prospek perkongsian ini bagi pihak pengguna, pemandu dan Malaysia,” kata Wong.

Ketua negara Grab Malaysia Jaygan Fu berkata syarikat itu ‘gembira dan mengalu-alukan’ kelulusan Kabinet untuk mengawal selia perkhidmatan e-hailing.

Pengumuman itu, katanya, adalah bukti komitmen kerajaan yang menyokong, termasuk penyelesaian inovatif untuk menyelesaikan masalah pengangkutan di negara ini.

Fu berkata GrabCar, yang sebelum ini dikenali sebagai MyTeksi, berharap dapat bekerjasama rapat dan mempunyai dialog dengan pihak berkuasa untuk memahami cadangan pindaan peraturan-peraturan semasa. – mStar Online

Tags: SPADTeksiUber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd