Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Vietnam Masih Siasat Pasport...

HANOI - Vietnam sedang menyiasat maklumat berkaitan seorang wanita menggunakan pasport negara itu...

PR1MA Sasar 250,000 Unit...

KUALA LUMPUR - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menyasarkan 250,000 unit rumah mampu milik...

Kes Denggi Dijangka Melonjak...

KUALA LUMPUR: Kes demam denggi dijangka naik mendadak mulai hujung tahun ini, berdasarkan...

Kolej KLIA Mahu Jadi...

KUALA LUMPUR - Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA (Kolej KLIA) berharap status institusi...

Shukri Yahaya Timang Cahaya Mata Sulung Perempuan

TAHNIAH Mynewshub ucapkan kepada aktor Shukri Yahaya dan isteri, Tya Adnan atas kelahiran puteri sulung pertama mereka tengah hari tadi.

Menerusi laman Instagram peribadinya, Shukri berkongsi khabar gembira yang diterimanya dengan peminat-peminatnya.

Melalui posting itu, sekeping gambar pelakon itu sedang mendukung bayi perempuannya dengan kapsyen berbunyi: “Syukur Alhamdulillah, hari ini Rabu bertarikh 24/8/2016 tepat jam 12.22pm isteri saya @tyaadnan selamat melahirkan cahaya mata sulung kami(perempuan)… Terima kasih pada semua yang mendoakan… Allahuakhbar…”

Jelas terpancar di wajah aktor muda ini riak wajah penuh kegembiraan dan teruja dengan kehadiran puteri yang menjadi pelengkap hidup mereka.

Walaupun baru empat jam dimuat naik, gambar tersebut telah menerima 31 ribu likes dan lebih 1,500 komen. Rata-ratanya yang membanjiri Instagram selebriti itu kerana ingin mengucapkan tahniah kepadanya di atas ‘anugerah’ diterimanya.


Salah seorang peminatnya yang bernama @yat.haziq berkata: “Syukur… Amin semoga menjadi anak yang solehah… amin.”

Manakala @dida_ayumiey pula teruja menulis: “Wah… Tahniah. Selamat menjadi papa @shukriyahaya dan mama @tyaadnan.” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori