• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shah Rukh Berang Ditahan ‘Airport’ AS Buat Kali Ke-3

oleh
14/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Aktor popular Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan menyuarakan rasa tidak puas hati menerusi laman Twitter pada 12 Ogos setelah ditahan pihak imigresen lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) buat kali ketiga.

Menurut agensi berita antarabangsa AFP, pelakon yang berasal dari New Delhi, India dan sudah berusia 50 tahun serta beraksi dalam lebih 80 filem itu bagaimanapun sempat lagi bergurau apabila berkata pengalaman ngeri tersebut sebagai “sungguh munasabah”.

Kali terakhir Shah Rukh, pernah ditahan oleh pegawai imigresen ialah di New York pada tahun 2012, sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan para peminatnya yang menuduh AS sebagai bersifat perkauman dan ini menyebabkan Washington meminta maaf.

“Saya faham dan hormati keselamatan lebih-lebih lagi dengan keadaan dunia kita sekarang, namun untuk ditahan imigresen AS setiap kali saya ke sini memang tidak masuk akal sama sekali,” menurut kicauan Twitter Shah Rukh setelah ditahan di lapangan terbang Los Angeles.

“Namun, dari sudut yang lebih positif, saya dapat menangkap watak Pokemon sementara menunggu,” kicaunya lagi. Sedang khabar pelakon itu ditahan di lapangan terbang tersebar di saluran-saluran televisyen India, reaksi Jabatan Negara AS lebih diplomatik.

Penolong Setiausaha Negara AS, Nisha Biswal dengan segera melahirkan kekesalan dan menerusi Twitter berkicau: “Saya minta maaf atas ketidakselesaan yang berlaku di lapangan terbang, namun diplomat AS sendiri ditahan bagi menjalani pemeriksaan tambahan!”

AS sebelum ini menafikan dakwaan bahawa Shah Rukh sengaja ditahan kerana namanya menunjukkan beliau Muslim, namun secara kebetulan seseorang yang memiliki nama sama dilaporkan termasuk dalam senarai 80,000 orang tidak dibenarkan menaiki pesawat di AS.

Setelah insiden 2012 itu, Shah Rukh sempat lagi bergurau dalam ucapannya di hadapan penuntut Universiti Yale bahawa beliau sudah biasa berdepan dengan insiden sedemikian: “Ya, ia selalu berlaku. Apabila saya mula berasa tinggi diri, saya selalu mengunjungi AS.”

“Para pegawai imigresen akan menghakis status selebriti saya.” Shah Rukh juga pernah ditahan selama lebih dua jam pada 2009 di lapangan terbang Newark di New York dan mencetuskan kemarahan serupa dalam kalangan para peminat sehingga AS kemudian meminta maaf.

Pada Februari lalu, seorang pelakon Sikh India-Amerika yang juga seorang pereka fesyen, Waris Ahluwalia, tidak dibenarkan menaiki pesawat Aeromexico dari Mexico City untuk ke New York kerana beliau enggan membuka serbannya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bollywoodShah Rukh Khan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Wanita Mudah Lahir Anak Tak Sampai Seminit

Next Post

Video: Detik Lori Terbalik Sebelum Nahas Di Lebuh Raya

Related Posts

Shah Rukh Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Strok Haba

Shah Rukh Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Strok Haba

23/05/2024
0

NEW DELHI - Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan...

Shah Rukh Khan Ke Penjara Sambut Pembebasan Anak

02/11/2021
0

MUMBAI - Kesesakan trafik luar biasa berlaku di sekitar kawasan Penjara Arthur Road di Mumbai, India hari ini berikutan pembebasan...

Next Post

Video: Detik Lori Terbalik Sebelum Nahas Di Lebuh Raya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd