• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semangat Patriotik Perlu Sentiasa Segar Dihati Golongan Muda

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Semangat patriotik dan cintakan negara bukan hanya dihayati ketika menyambut Bulan Kebangsaan tetapi perlu sentiasa segar di hati setiap golongan muda, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azam Ismail.

Katanya golongan muda sebagai pewaris kepimpinan negara seharusnya menghayati sejarah di sebalik kemerdekaan yang diwarisi hari ini.

“Sambutan merdeka bukan hanya sekadar diraikan dengan mengibarkan Jalur Gemilang atau menyanyikan lagu berkaitan kemerdekaan tetapi perlu menghayati erti sebenar kemerdekaan yang diperoleh melalui pengorbanan dan kesengsaraan nenek moyang terdahulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelepasan Konvoi Kembara Ambang Merdeka Kolej Poly Tech Mara (KPTM) di sini, hari ini.

Mohd Azam berkata kelangsungan keamanan yang dinikmati sehingga kini, perlu terus dipertahan dan dikekalkan oleh generasi pewaris.

Turut hadir Pengarah KPTM Kota Baharu Mohd Sahidi Yaakob dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Nordin Daud.

Sementara itu, Mohd Sahidi berkata konvoi itu dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Kelantan berlangsung selama tiga hari sehingga Sabtu ini, membabitkan 23 buah kenderaan termasuk tiga kenderaan daripada KPTM.

Katanya konvoi yang turut disertai 50 pelajar KPTM itu akan menjelajah ke lima jajahan di Kelantan dan akan berakhir di jajahan Machang.

Beliau berkata selain mengibarkan Jalur Gemilang dan menyelami kehidupan masyarakat setempat, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang konvoi itu termasuk gotong-royong membersihkan tempat pembiakan nyamuk aedes dan menyampaikan maklumat berhubung isu kesihatan. – BERNAMA

Tags: bulan kemerdekaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video Rakam Suspek Cabul Murid Tahun 2 Di Stor

Next Post

Nazim, Bella Dally Diijab Kabulkan 10 September Ini

Related Posts

COVID-19 Tak Halang Sambutan Bulan Kemerdekaan

27/07/2020
0

KUALA LUMPUR - Ancaman pandemik COVID-19 yang masih berterusan bakal menyaksikan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang pada...

Raptai Penuh Hari Kebangsaan 2019 Lancar

29/08/2019
0

PUTRAJAYA - Raptai penuh perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2019 melibatkan 17,353 peserta berjalan lancar di Dataran Putrajaya hari...

Next Post

Nazim, Bella Dally Diijab Kabulkan 10 September Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd