• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saringan Di Pintu Masuk Antarabangsa Kesan MERS-CoV

oleh
06/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kementerian Kesihatan akan terus melakukan saringan ke atas semua jemaah haji dan umrah yang pulang ke tanah air bagi mengesan wabak Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata pihaknya menyediakan pasukan perubatan khas di semua pintu masuk antarabangsa negara sepanjang masa bagi memeriksa jemaah haji dan umrah.

“Kami akan lakukan saringan di lapangan terbang untuk kenal pasti wabak ini dan akan ambil tindakan selanjutnya jika ada (wabak).

“MERS-CoV bukan berlaku sewaktu musim haji sahaja tapi juga ketika mengerjakan umrah, jadi kami sentiasa bersedia. Kalau demam selepas balik daripada umrah atau haji, kami akan beri lebih perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Saintifik dwitahunan kali ke-10 anjuran Pertubuhan Pendidikan Perubatan Lepasan Ijazah (PGMES) di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Dr. Hilmi berkata walaupun ketika ini larangan melawat ladang unta sepanjang musim haji masih dikekalkan ekoran risiko jangkitan MERS-CoV, kementerian tetap memastikan pasukan perubatan yang dihantar ke Tanah Suci bersedia dengan aspek penjagaan kesihatan jemaah haji sepanjang mengerjakan ibadah itu.

Dalam pada itu, Dr. Hilmi turut menasihati jemaah haji agar mengambil langkah penjagaan kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci terutamanya bagi menghadapi cuaca panas yang dijangka mencecah sehingga 50 darjah celcius.

“Jemaah haji dinasihatkan minum air dalam kuantiti yang banyak dan pakai topeng muka bagi mengelakkan strok haba,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiKementerian KesihatanMERS-CoVumrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd