• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sanggup Ambil Risiko Rakam Potret Perkahwinan

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEMI mendapatkan potret perkahwinan yang menarik, pasangan pengantin di Jepun ini sanggup mengambil risiko tinggi termasuk kematian, asalkan hasrat mereka tercapai.

Mereka sanggup masuk ke dalam plastik yang besar dan kemudiannya semua oksigen di dalam plastik itu disedut keluar, sambil gambar mereka dirakamkan.

Idea gila itu diperkenalkan oleh jurugambar Hal Kawaguchi dan meskipun ia berisiko tinggi, permintaan terhadap konsep baru gambar perkahwinan ini telah mendapat sambutan yang hebat.

Sanggup Ambil Risiko Rakam Potret Perkahwinan

Menurut Hal, pasangan yang berada di dalam plastik itu perlu menahan nafas selama empat saat sebelum gambar dirakamkan manakala proses keseluruhan, termasuk menyedut keluar oksigen adalah selama 10 saat.

Jika gambar itu lambat dirakamkan dan proses keseluruhan melebihi masa yang ditetapkan, maka ia bakal menjadi `tragedi’ kepada pasangan di dalam plastik terbabit.

“Saya akan menyedut semua udara keluar dan sebelum proses tersebut dijalankan, pasangan pengantin itu akan diberikan penerangan terlebih dahulu.

“Latihan juga diadakan tanpa mereka perlu masuk ke dalam plastik terbabit.

“Dalam keadaan masa yang terlampau terhad ini, saya perlu mengejar masa dan tidak boleh memetik shutter lebih dua kali,” katanya.

Jika tidak, sudah tentu pasangan di dalam plastik itu akan kelemasan namun setakat ini semuanya berjalan dengan baik.

Hal pertama kali memulakan projek itu sebagai hasil seni namun dia kini menerima permintaan yang tinggi daripada pasangan suami isteri yang mahu menjadikan ia sebagai potret perkahwinan.

“Gambar itu adalah simbolik bahawa mereka saling jatuh cinta antara satu sama lain dan cuba menjadi satu,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pelikpotret
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Kejam Jadikan Kekasih Umpama Binatang

Next Post

‘Saya Harap Saya Tak Dianiaya Lagi…’ – Awie

Related Posts

Lapan ‘Pengantin Pelik’ Dikahwini Manusia

03/02/2019
0

PERKAHWINAN merupakan salah satu tradisi tertua di dunia. Ia merupakan acara untuk meraikan dua individu bersatu menyemai kasih dan cinta...

Virus Jangkitan Seks, Sayur, Antara Nama Pelik Bayi

31/01/2019
0

TIDAK sampai sebulan 2019 membuka tirainya, senarai nama bayi paling paling pelik dan unik untuk tahun ini sudah pun dikeluarkan....

Next Post

'Saya Harap Saya Tak Dianiaya Lagi...' - Awie

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd