• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samsung Hadiahkan Chong Wei TV Lengkung SUHD

oleh Ahmad Albab
27/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics hari ini menghadiahkan duta jenamanya, Datuk Lee Chong Wei dengan inovasi televisyen (tv)terkininya.

Sebagai sambutan kepulangan pemain itu dari Sukan Olimpik Rio de Janeiro serta ucapan tahniah kepada wira badminton Malaysia, Samsung Malaysia Electronics memberi kejutan kepada Chong Wei dengan menyumbang tv 65 inci 2016 yang memenangi anugerah – tv lengkung Samsung SUHD dengan paparan Quantum dot.

“Kami mahu memberikan Datuk Lee Chong Wei inovasi terbaik Samsung dan kami mahu beliau dan keluarganya mendapat keseronokan menonton dengan kualiti gambar terbaik dalam satu daripada tv yang paling bergaya setakat ini.

“TV lengkung SUHD ini juga mempunyai perkhidmatan tv pintar yang kaya dengan kandungan, sesuai untuk keluarganya. Chong Wei boleh mengajar anak-anaknya menggunakan fungsi tv pintar itu atau menonton siaran ulangan Olimpik dengan paparan terbaik kelas 4K Quantum dot,” kata Presiden Samsung Malaysia Electronics, Lee Sang Hoon dalam kenyataannya.

Chong Wei ketika ditanya mengenai pengalamannya di Rio berkata: “Saya amat berterima kasih kepada rakan sepasukan serta sokongan rakyat Malaysia yang cukup luar biasa.

“Keyakinan mereka memberikan motivasi untuk saya terus berjuang. Terima kasih, Malaysia… saya tidak mampu mara sejauh ini tanpa sokongan anda!” – BERNAMA

Tags: Lee Chong WeiSamsung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd