Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

Penjelasan Di Sebalik Arahan...

MENCETUSKAN persoalan orang ramai di media sosial gara-gara satu gambar surat rasmi yang...

Kritik Mahathir: DAP Putus...

PETALING JAYA - Jawatankuasa disiplin DAP menerima penjelasan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC),...

6 Pemain Skuad B-13...

PERSEMBAHAN cemerlang skuad pembangunan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) pada Kejohanan...

Terlibat Rasuah Vaksin Covid-19,...

BISHKEK: Menteri Kesihatan Kyrgyzstan yang mencadangkan penggunaan akar beracun bagi rawatan Covid-19 dipenjara...

Safiq Rahim Tunai Impian Peminat OKU

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang remaja kelainan upaya (OKU), Muhammad Erwan Shah Mohd. Fazli di Perak untuk bertemu pemain idola bola sepaknya, Safiq Rahim akhirnya menjadi kenyataan.

Impian remaja berusia 13 tahun itu menjadi kenyataan apabila dia ditemukan dengan Safiq yang juga kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Ipoh hari ini.

“Kapten skuad Harimau Selatan meluangkan masa bertemu dengannya di Hotel Tower Regency, Ipoh pada 5 Ogos 2016,” kata laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST) hari ini.

Menurut laman Facebook berkenaan, Muhammad Erwan menetap di Pasir Salak dan cacat penglihatan sejak lahir.

“Dia begitu teruja dapat bertemu Safiq Rahim sewaktu kunjungan skuad JDT ke Perak,” kata JST.


Dalam pertemuan tersebut, Safiq turut memberi hadiah istimewa sebagai tanda penghargaan atas sokongan Erwan selaku penyokong dan peminatnya.

Pasukan JDT akan bertembung sekali lagi dengan Perak esok dalam aksi Liga Super 2016 selepas dikalahkan oleh pasukan sama 3-0 dalam persaingan Liga Malaysia baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori