• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan Kes Sabotaj Khairuddin, Matthias Chang Didengar 2 Nov

oleh Ahmad Albab
18/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Nov ini untuk mendengar dua rayuan berkaitan pertuduhan yang dihadapi bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang iatu cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Timbalan Pendaftar mahkamah Fatin Khazin menetapkan tarikh itu di dalam kamar apabila kes berkenaan disebut di hadapan beliau untuk pengurusan kes hari ini.

Peguam Zainal Narudin, mewakili Khairuddin, yang hadir semasa prosiding itu berkata satu daripada rayuan itu adalah rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang membebaskan Khairuddin dan Chang dengan jaminan.

Satu lagi adalah rayuan Khairuddin terhadap kesahihan Seksyen 50 (3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang membolehkan pihak pendakwaan merayu kepada Mahkamah Rayuan tanpa memperoleh kebenaran.

Zainal berkata Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Khairuddin esok berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan sabotaj yang dipohonnya (Khairuddin) atas alasan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mempunyai bidang kuasa yang sah sebagai peguam negara semasa beliau memulakan tindakan undang-undang terhadap Khairuddin.

Turut hadir pada pengurusan kes hari ini ialah peguam Mohd Akmal Afiq Mohamad mewakili Chang dan Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir bagi pihak pendakwaan.

Khairuddin, 54, dan Chang, 66, didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), kerana cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysia di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos tahun lepas.

Lima lokasi itu ialah pejabat ketua Bahagian Jenayah Kewangan dan Ekonomi Perancis di Paris; Balai Polis Charing Cross, London, United Kingdom; pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern; Balai Polis Wan Chai, Hongkong; dan Ibu Pejabat Polis Kantomen, Singapura.

Kedua-dua mereka berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika disabitkan kesalahan.

Pada 18 Nov, 2015, Mahkamah Tinggi membenarkan Khairuddin dan Chang dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM10,000 berserta seorang penjamin dan memerintahkan mereka menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah.

Mereka dibebaskan dengan jaminan selepas Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pertuduhan terhadap mereka bukanlah satu kesalahan berkaitan keselamatan dan tidak tertakluk di bawah SOSMA.

Kesalahan di bawah SOSMA tidak boleh dijamin. – BERNAMA

Tags: Khairuddin Abu HassanMatthias Chang Wen Chieh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Darurat: Mahkamah Batalkan Rayuan Khairudin

07/04/2022
0

PUTRAJAYA : Bekas Penyelaras Parlimen Jasin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini gagal untuk mengembalikan saman...

Siasat Juga Video Seks Anwar – Khairuddin

17/07/2019
0

KUALA LUMPUR – Rakyat juga mahu tahu kebenaran video lucah yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd