• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Tolak Laporan Sarawak Report – Asyraf Wajdi

oleh Ahmad Albab
11/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Rakyat perlu menolak portal Sarawak Report yang jelas tidak mempunyai kredibiliti ketika melaporkan sesuatu berita, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi berkata tindakan terbaharu portal itu yang mendakwa PAS menerima dana RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak benar dan diharap dapat membuka mata rakyat mengenai agenda tersembunyi portal berkenaan.

“Saya harap dengan apa yang berlaku ini dapat mencelikkan mata rakyat. Sarawak Report perlu ditolak kerana agendanya hanyalah untuk menjatuhkan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Alumni 4B Malaysia Peringkat Negeri Kelantan di Bangunan UMNO Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden Alumni 4B Malaysia Senator Tan Sri Dr Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Alumni 4B Kelantan Datuk Nik Mahidin Nik Mustapha.

Baru-baru ini, portal berita yang berpangkalan di London itu mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Najib yang juga Presiden UMNO, sekaligus mengundang kemarahan anggota PAS yang turut membuat beberapa laporan polis bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini menyekat siaran portal itu di Malaysia di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 setelah menerima aduan dan maklumat daripada orang awam.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata Gerakan Belia 4B harus diperkasa agar terus menjadi ‘kilang’ bagi melahirkan lebih ramai pemimpin yang menjiwai agenda perjuangan memartabatkan Malaysia dan mempunyai idealisme yang luhur.

Beliau berkata pemimpin terutama dari golongan muda perlu setia pada sesuatu perjuangan dan bukan sekadar terlibat untuk meraih keuntungan semata-mata.

Sementara itu, Mohd Ali berkata negara memerlukan pemimpin pelapis dalam kalangan orang muda bagi meneruskan kepimpinan masa akan datang.

“Walaupun kita mempunyai ramai anggota di seluruh negara namun pemimpin pelapis dari kalangan anak muda masih sedikit kerana merekalah yang bakal mencorakkan masa depan negara.

“Kita sekarang berdepan peperangan secara halus oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab dan ia perlu ditangani mengikut cara kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: Asyraf WajdiSarawak Report
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

09/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO menafikan dakwaan peletakan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, yang tular di media sosial hari...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd