Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

El Nino: Ikan Air...

TUMPAT - Berikutan paras sungai yang rendah ekoran cuaca panas dan kering sekarang,...

Kartel Projek RM3.8 Bilion:...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberkas seorang pegawai kanan sebuah agensi...

Enam Remaja Bawah Umur...

Georgetown : Enam remaja bawah umur antara 22 individu yang ditahan dalam pesta...

Lelaki Ditangkap Beli Isteri...

China – Ia merupakan satu perbuatan yang menjijikkan. Bagaimana lelaki ini yang hanya...

Mustapa: Rakyat Perlu Halang Campur Tangan Asing

KOTA BHARU – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rakyat perlu menghalang pihak asing daripada mencampuri urusan negara bagi mengelak berlakunya kemusnahan kestabilan dan keamanan.

Sambil menekankan bahawa kemusnahan sedemikian amat sukar dipulihkan, beliau berkata situasi itu telah pun berlaku di Iraq, Syria dan beberapa negara Arab lain.

“Kita kena berhati-hati, kita kena halang kuasa besar asing daripada campur tangan di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Latihan dan Misi Perdagangan Malaysia-Thailand di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang meminta rakyat memastikan tiada penjajahan moden berlaku di Malaysia.


Mustapa berkata rakyat juga perlu sentiasa berwaspada dengan pelbagai taktik pihak asing yang cuba mempengaruhi minda mereka ke arah merosakkan kestabilan dan keamanan negara.

Mengenai militan Daesh, katanya rakyat tidak boleh memandang ringan tentang keselamatan negara kerana kumpulan itu boleh bertindak di mana-mana sahaja. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori