• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton Perdana 2.0 Ganjaran Atlet Raih Emas

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DRB-HICOM Bhd dan Proton Holdings Bhd akan menganugerahkan atlet Malaysia yang memenangi pingat di Olimpik Rio dengan kereta Proton sebagai menghargai usaha, dedikasi dan komitmen mereka.

Sambil mengucapkan taniah kepada pemenang terbabit, syarikat itu berkata, pemenang pingat emas akan menerima sebuah Perdana 2.0L, pemenang pingat perak akan mendapat sebuah Suprima S 1.6L Turbo Premium manakala pemenang pingat gangsa pula sebuah Iriz 1.6L Premium.

“Oleh kerana DRB-HICOM dan Proton sentiasa membawa bendera Malaysia dalam semua perkara yang kami lakukan, sumbangan ini seiring dengan kebanggaan kita terhadap Jalur Gemilang.

“Kami berharap ini akan menggalakkan lagi atlet kita untuk berusaha lebih gigih bagi membuatkan rakyat Malaysia berbangga, terutama di peringkat tertinggi seperti Olimpik,” kata Pengarah Urusan DRB-HICOM dan Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat ini, Malaysia telah memenangi dua pingat perak dan satu pingat gangsa.

Penerjun Pandelela Rinong dan Chiong Jun Hoong memenangi pingat perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama, pelumba basikal Azizulhasni Awang mendapat pingat gangsa dalam acara keirin, manakala bergu campuran badminton Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying memperoleh pingat perak.

Malaysia diwakili 32 atlet yang bersaing dalam 10 acara dalam temasya sukan terbesar dunia di mana lebih 200 negara mengambil bahagian. – BERNAMA

Tags: Proton perdanasukan olimpik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PERDANA V/S VELLFIRE – Soal Nasionalisme Atau Keselesaan?

08/11/2021
0

Kalau melihat dari segi nasionalisme - Maka pakailah Perdana dan berhenti cakap benda lain. Tak perlu teruskan membaca rencana ini....

Terpaksa Pilih Kereta Lain, Bukan Proton Perdana – Guan Eng

12/01/2020
0

GEORGETOWN - Proton Perdana kini tidak lagi dijual dalam pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa memilih kereta jenis lain, sebagai kenderaan rasmi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd