• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Kumpulan Raja Chini, Tahan 13 Suspek

oleh Ahmad Albab
09/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis berjaya menumpangkan satu kumpulan curi motosikal yang dikenali sebagai Raja Chini hasil penahanan 13 suspek termasuk tiga wanita dalam Op Lejang yang dilakukan di sekitar kawasan Chini selama dua minggu bermula 23 Julai sehingga Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata hasil operasi itu polis telah merampas 15 buah motosikal dan satu rangka motosikal yang kesemuanya dipercayai dicuri di kompleks beli-belah di sekitar bandar ini.

“Tiga daripada suspek didapati memainkan peranan untuk mencuri motosikal sebelum dijual kepada suspek yang lain yang bertindak sebagai orang tengah untuk menjual selain sebagai pembeli.

“Siasatan awal polis juga mendapati kumpulan ini didalangi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Raja atau nama sebenarnya Engku Mohd Al-Amin Engku Ali, 25, dari Felda Chini Timur 1 yang kini sedang dikesan bagi membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek diminta segera menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran bagi tindakan lanjut.

“Dalam masa yang sama kesemua suspek yang kebanyakannya bekerja sebagai peladang dan bekerja telah pun dituduh di mahkamah minggu lepas dengan 20 pertuduhan melibatkan 14 kes kehilangan motosikal,” kata Abdul Aziz.

Katanya mereka didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menyimpan barang curi, 414 Kanun Keseksaan kerana mengurus barang curi dan 379 Kanun Keseksaan kerana melakukan kegiatan curi kenderaan. – BERNAMA

Tags: Kes Curipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd