• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 6 Suspek, Jumpa Semula 15 Motosikal Curi

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis menjumpai semula 15 motosikal curi di pelbagai lokasi di sebuah ladang kelapa sawit di Kilometer 21 Jalan Sibu-Bintulu dalam operasi sepanjang 12 jam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Dev Kumar M. M. Sree Shanmugam berkata bertindak atas maklumat yang diperoleh sejak minggu lepas, sepasukan anggota diketuai oleh ASP Abdullah Tuan Hassan menjalankan serbuan Op Lejang pada 2 pagi.

Beliau berkata polis menahan enam lelaki berumur antara 16 dan 21 tahun dipercayai anggota kumpulan curi motosikal di Sibu dan 13 daripada 15 motosikal curi itu dilaporkan dicuri di Sibu manakala dua lagi di Bintulu.

“Ini merupakan rampasan motosikal curi terbesar tahun ini dan kita percaya telah melumpukan satu daripada kumpulan curi motosikal yang aktif di Sibu. Saya ucapkan tahniah kepada Pasukan Petugas Bersama yang terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah Sibu dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat atas kejayaan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes itu terbongkar Khamis lepas selepas sepasukan anggota diketuai oleh Inspektor Baharuddin Sabang menahan seorang penganggur berusia 17 tahun di sebuah rumah panjang di Jalan Nanga Salim pada 12 tengah hari dan menemukan dua motosikal dilaporkan dicuri beberapa jam lebih awal.

Dev berkata operasi susulan dijalankan dan suspek kedua, seorang penganggur lelaki berusia 16 tahun ditahan di sebuah rumah panjang di Jalan Nanga Salim, Sibu kira-kira dua jam kemudian.

“Suspek ketiga, juga seorang penganggur lelaki, ditahan pada hari yang sama kira-kira pukul 8 malam di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 25, Jalan Sibu-Bintulu,” katanya.

Beliau berkata dua hari kemudian, pasukan Baharuddin menahan suspek keempat, seorang anggota polis bantuan berusia 21 tahun di sebuah ladang kelapa sawit di Selangau pada 3 petang.

Dev berkata pada Ahad lepas, seorang lagi suspek, seorang pekerja buruh berusia 17 tahun ditahan di rumah panjang di Bawang Assan, Sibu kira-kira 5 petang dan suspek keenam dan terakhir, seorang penganggur lelaki berusia 17 tahun ditahan di bandar Sibu kira-kira pukul 6.39 petang.

Beliau berkata siasatan mendapati kumpulan ini terlibat dalam kejadian kecurian motosikal di Sibu dan Bintulu awal tahun ini, dan motosikal yang dicuri itu kemudian dijual kepada pekerja asing di ladang kelapa sawit. – BERNAMA

Tags: Kes Curimotosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd