• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Dadah Bernilai Lebih RM7,000

oleh Ahmad Albab
08/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis merampas 265 gram dadah jenis methamphetamine dan 10 gram daun ganja yang kesemuanya bernilai RM7,760 dalam dua serbuan berasingan di sini, pada 5 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Zaki Harun berkata dalam dua serbuan itu di Taman Seremban Jaya dekat sini, dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 21 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kira-kira 4 petang pada 5 Ogos lepas, seorang lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Seremban Jaya. Kita turut merampas tiga paket plastik lutsinar mengandungi 33 ketul bahan dipercayai methamphetamine seberat 55 gram dan satu paket plastik lutsinar berisi daun kering dipercayai ganja seberat 10 gram.

“Hasil serbuan pertama itu juga, polis mengesan seorang lagi suspek dan membuat serbuan kedua di taman yang sama dan menahan seorang lelaki dan merampas satu beg plastik mengandungi paket-paket lutsinar yang diikat seberat 210 gram,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohamad Zaki percaya dengan penahanan dua lelaki terbabit, pihaknya berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di daerah Seremban dan kawasan sekitarnya.

“Namun, kita akan teruskan siasatan kerana mungkin ada anggota sindiket sama yang masih bergerak di sekitar Seremban,” katanya.

Kedua-dua suspek kini ditahan sehingga 10 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – BERNAMA

Tags: kes dadahpil kudapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd