• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Ucap Takziah Kejadian Gempa Bumi Itali, Myanmar

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan penduduk Itali dan Myanmar susulan kejadian gempa bumi di kedua-dua negara yang telah meragut banyak nyawa.

“Saya mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Itali yang terjejas kejadian gempa bumi.

“Myanmar turut terjejas kejadian gempa bumi dengan beberapa tapak bersejarah rosak dan banyak nyawa terkorban. Saya bersimpati dengan penduduk Myanmar,” katanya dalam catatan di akaun Twitter beliau, @NajibRazak, hari ini.

Reuters melaporkan angka kematian akibat gempa bumi di kawasan tengah Itali meningkat kepada hampir 250 orang pada awal Khamis selepas pasukan menyelamat semalaman berusaha mencari mereka yang terselamat di bawah runtuhan di bandar-bandar.

Agensi berita itu berkata gempa bumi berkekuatan 6.2 pada skala Richter melanda pada awal pagi Rabu ketika penduduk sedang tidur, memusnahkan rumah dan menyebabkan jalan raya merekah.

Di Myanmar, Reuters melaporkan sekurang-kurangnya 187 daripada kuil rosak dalam gempa bumi berkekuatan 6.8 yang menggegarkan bangunan di seluruh negara Asia Tenggara itu pada Rabu.

Agensi berita itu turut memetik pegawai Palang Merah sebagai berkata mereka menerima laporan tiga orang maut – dua kanak-kanak dan seorang penduduk di dua bandar yang terletak berhampiran dengan pusat gempa itu. – BERNAMA

Tags: gempa bumiNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd