Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Pengguna FB Tawar RM5K,...

SEORANG pembaca Mynewshub meminta bantuan untuk mencari pasangan dari Sarawak yang didakwanya, gemar menipu...

Pulau Pinang Dilanda Banjir...

GEORGE TOWN - Jalan utama Teluk Bahang menghala ke Jalan Batu Feringghi telah...

Staf Bersih Hospital Tanggungjawab...

KUALA LUMPUR - Kontrak pekerja perkhidmatan pembersihan di hospital kerajaan adalah tanggungjawab pihak...

Tajuk Berita Kurang Sensitif...

Tajuk yang gempar pada setiap akhbar sebenarnya adalah sudah tidak menghairankan bagi sesebuah...

Pinky, Si Flamingo Mangsa Kekejaman Pengunjung Lelaki

SEEKOR burung flamingo bernama Pinky yang menjadi tarikan di taman tema Busch Garden, Tampa Bay, Florida, Amerika Syarikat maut akibat perbuatan sala seorang pengunjung.

Unggas yang berasal dari Chile itu pada mulanya terpaksa dikeluarkan dari kurungannya selepas seorang pengunjung dikesan bertindak kejam dengan melemparnya ke tanah.

Suspek bernama Joseph Anthony Corrao, 45; merupakan penduduk Orlando ditahan kerana bertindak kejam terhadap haiwan dan menyebabkan kecederaan serius kepada burung tersebut.

Pinky, Si Flamingo Mati Akibat Dikasari Pengunjung Lelaki
Joseph Anthony Corrao

“Disebabkan tindakan oleh suspek itu, Pinky mengalami kecederaan yang serius dan terpaksa dimatikan oleh pakar veterinar,” kata pihak polis tempatan.

Tambah mereka lagi, Carrao dan ahli keluarganya dilihat berada di Jambo Junction Animal Viewing pada pukul 6.45 petang Selasa lalu dan tanpa sebab yang jelas suspek bertindak mengejar burung terbabit.

Menurut jurucakap Busch Garden, Karen Varga-Sinka, Pinky berusia 19 tahun dan merupakan salah seekor daripada empat duta haiwan di taman berkenaan.


Selain menjadi duta, Pinky juga disenangi oleh pengunjung-pengunjung taman berkenaan. Mereka suka melihat gelagat Pinky yang seolah-olah sedang menari.

Susulan insiden itu, pihak Busch Garden turut memuat naik video Pinky yang dirakamkan pada lima tahun dahulu di laman rasminya dan menerima hampir 200 ribu tontonan.

Menerusi video pendek itu, Pinky dilihat berpusing-pusing sambil menghentak-hentakkan kakinya. Ternyata video tersebut mengubat rindu para pengunjung yang pernah mengenalinya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori